26 September 2012

APC 2011

Hai assalamualaikum ..
Kembali bersiaran kali ni..tentunya nak berkongsi kegembiraan sedikit mengenai Anugerah Perkhidmatan yang aku dapat tahun ni pada 11 September 2011,Anugerah ni aderlah yang bermakna untuk aku,seterusnya meletakan diri aku sebaris dengan pegawai -pegawai yang berkomitmen tinggi dan berpontensi...halahhh halahh halahhhh..hebat ker aku?ye ker ko safidah oi ?tapi sedikit malu tentang APC yang aku dapat ni..aku rasa tak adil jugak bila bos bagi ni kat aku..rasa ader yang lebih layak lagi untuk dapat APC,dalam diam ..aku ader jumpa bos terus untuk tanyakan kenapa dia bagi aku APC ni..so panjang lebar la cerita nyer dari A KE Z,so aper yang dia cakap mungkiin dia memerhati dan ambil tahu tentang kerja aku ..takut weiii ..ngupa nyer bos memang memerhati dari dalam bilik untuk tengok staf dia buat kejer ke tak...bagi aku lah kan..aku pun tak emngharap  sangat kat APC ni pun..tapi dah org nak bagi ,so terima jer la,maybe ini rezeki tuhan bagi pada aku yang aku tak lerh dapat kat mana mana,Yang terutama aku ucapkan berbanyak terima kasih pada Allah kerna memberi perluang untuk aku,dan jiga pada Bos aku,,tak nak mention nama la,kerana vote aku..(hehehehhe.).dan juga untuk husband yang sentiasa bersama dan memberi binmbingan untuk aku bekerja hampir 11 tahun dalam perkhidmatan yang akan sampai umur 60 tahun akan datang..kata kata semanagat yang aku pegang sentiasa  AKU BUKAN LAH ORANG YANG HEBAT..TAPI AKU MAU BELAJAR DARI ORANG YANG HEBAT..AKU ADALAH ORANG BIASA..TAPI AKU INGIN MENJADI ORANG YANG LUAR BIASA..DAN AKU BUKANLAH ORANG YANG ISTIMEWA..TAPI AKU INGIN BUAT AKU SEORANG YANG SANGAT ISTIMEWA
oklah..sekian dulu ..nanti jumpa entry yang lain ..cekidauttt.

APA NAK JADI NI!

Hai ,assalamualaikum
Kembali bersiaran untuk kali ni setelah sekian lama tidak menulis..aper gamaknyer ekk malas sangat nie..dah nak bersawang dah blog ni tak dijenguk..bukan aper..kebelakang ni kemalasan melanda dan perlbagai aktiviti yang dibuat..kesian kan kat blog aku ni..ok lah..next seterusnyer cari entry terbaru untuk hari yang baru bermula dari skrg ...cekidauttt.............

8 August 2012

TAHNIAH HERO MALAYSIA

assalamualaikum...kembali bersiaran untuk kali ni ..nak citer pasal sukan Kehangatan Olimpik London 2012 semakin terasa dan seluruh dunia bercakap pasal Olimpik London 2012 ini.Termasuk juga aku ni . .Dirumah tengah berebut2 remote dengan husband..Dalam kehangatan sukan ini dan semestilah aku menyokong atlet Mlaysia..Mereka berjuang untuk menaikan nama negara di Mata dunia ..Bukan mudah untuk menjadi sebahagian daripada mererka semua..Banyak tekanan dan cabaran untuk sampai ketahap begini ..aper2 aku sokong malaysia . .MALAYSIA BOLEH . tapi dalam  banyak sukan2 yang dipertandingkan aku suka sangat la kat mamat ni ..Sapa lagi  klu bukan DLCW kan...(DATO'LEE CHIONG WEI)Sekadar dapat pingat perak dan memadai untuk malaysia...kira gagah la mamat ni ekk...



Dato 'Lee Chong Wei yang gagah perkasa, hensem, kacak lagi macho yang menjadi kebanggaan kita semua dah pun pulang ke Malaysia bersama pingat Perak yang merupakan satu-satunya (setakat ini) pingat yang mampu dimiliki Malaysia di Olimpik. Well, bukan senang ye tak?
Tahniah untuk semua atlit-atlit kita yang semuanya pergi membawa satu matlamat, untuk mengharumkan nama Malaysia di mata dunia. Kami sunggu berbanga dengan dengan atlit
cekidauttt............

28 June 2012

MALAS PLAK..






asslamualaikum..kembali bersiaran semula setelah lama tidak update dalam blog saya ini..sejak kebelakangan ni sibuk skit atas urusan kerja dan juga keluarga..bila tengok balik blog mcm tak bermaya jer dan muram jer..dulu klu seminggu jer mesti ader perkara yang nak diupdatekan,malah kali ni rasa mcm malas tahap gaban ..anyway krg ni ambik mood untuk update kembali cerita dan juga gambar untuk tontonan..ok lah..nanti kita sambung lagi..cekidautttttttt

Nota: sambil buat kerja teringgat dah lama tak update blog..

16 May 2012

PADAMU KU BERSUJUD..

Dalam mengharungi dunia yang fana ini..kdangkala kita lupa akan perintah tuhan..kita lalai akan seruan allah..kita endahkan suruhan nye..tak kala hari hari mendatang ..diri ini ingin merubah untuk menjadikan insan yang sempurna ...namun diri alpa dengan kehendak duniawi...kau tunjukan jalan mu yaallah pada ku sereta umat islam...kau jadikan lah aku hambamu yang selalu bertaqwa padamu...

Ku menatap dalam kelam
Tiada yang bisa ku lihat
Selain hanya nama-Mu ya Allah

Esok ataukah nanti
Ampuni semua salahku
Lindungi aku dari segala fitnah
Kau tempatku meminta
Kau beriku bahagia
Jadikan aku selamanya
Hamba-Mu yang slalu bertakwa

Ampuniku ya Allah
Yang sering melupakan-Mu
Saat Kau limpahkan karunia-Mu
Dlam sunyi aku bersujud

 
 p/s:ketika ini aku sedang membuat kerja office yang masih belum disiapkan ..sambil dengar lagu AGFAN bertajuk padamu ku bersujud..lalu mengingatkan aku kepada diri i ni yang belum lagi cukup amalan untuk ALLAH menerima nyer..
 

18 April 2012

MAKAN MALAM.

Assalamualaikum..kembali bersiaran..ohh ye.malam semalam terfikir nak masak mee sop ayam ..dah jemu skarang ni nak makan nasi..asyik2 nasi jer..sesekali ubah selera skit kan..tentu menu yang dimasak ini berulang kali dimakan..walaubagaimanapun aku akan cuba untuk tetapkan begedil  ader..sebap aper tau !!klu begedil tak der mcam tak cukup sempurna untuk menikmati ..tambahan mesti cukup dengan sambal kicap yang pedas..perhhh mabelessss..oleh itu..nikmatilah sedikit gambar untuk renungan..hehhe.cekidautttt....

hahah ni dia kuah sop ayam..sedapkan!!

bergedil..kuah kicap.ni mesti ada untuk melengkapkan makanan..

  p/s: dalam keadaan petang begini tarikh 18/4/2012 teringat untk mengupload
     gambor masakan semalam..

16 April 2012

melaka dan Pord Dikcson

Assalamualaikum ..kembali bersiaran untuk kali ni ..so nak story skit because of Sabtu yang lepas ikut la si Suami pergi untuk berkerja di Melaka..kira oustation ler ni..Kami tidur Dihotel Avvilion Legacy..sambil melayan anak -anak yang suka sangat syok sendiri dnegan kamera..melaram la diorang dalam Bilik Hotel tu..memperjelaskan keadaan gambar tersebut semasa di dalam bilik hotel..dan lihat foto menarik ditepi pantai  Teluk Kemang untuk singgah berehat untuk balik kerumah

      AVILLION MELAKA



























PANTAI TELUK KEMANG


kakak tolong la adik..

kan adik dah dapat banyak shell tu ..nanti kakak cari lagi !!!!!


ader lagi ker shell ni ..


keriangan terpancor


adik nak juga melompat..tapi tak sempat...alahaii ciannn

ni aper hal ni dikk...buat style aper ni..mcm bersilat jer aku tengok


tekun nyer mencari shell yang kosong untuk isi dalam botol...
cita-cita nak tangkap umang2..alih alih dapat kutip sarung siput punjadi laa


tekun nyer..

ni tangap sarung siput ker tanggkap bayang2 sendiri

adik pun cari gak lerr...

ok lah..setakat gambaor tu je yang dapat diambil..walaupun berhenti sekejap jer tapi sudah cukup untuk puaskan hati kakak dan adik yang beria-ia untuk pergi pantai Telok Kemang..next time kita pergi cari lagi umang2 tu yer!!.so cekidautttt


13 April 2012

Hadiah Malam Jumaat


Pengalaman Salih Al Mazi .

Pada suatu malam bertepatan malam Jumaat Salih Al Mazi pergi ke masjid jamik untuk mengerjakan solat subuh. Kebiasaannya ia berangkat awal sebelum masuk waktu subuh dan melalui sebuah pekuburan. Di situ Salih duduk sekejap sambil membaca apa-apa yang boleh mendatangkan pahala bagi ahli kubur memandangkan waktu subuh masih lama lagi.
Tiba-tiba dia tertidur dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar beramai-ramai dari kubur masing-masing.
Mereka duduk dalam kumpulan-kumpulan sambil berbual-bual sesama mereka. Al Mazy ternampak seorang pemuda ahli kubur memakai baju kotor serta tidak berkumpul dengan ahli-ahli kubur yang lain. Dia duduk seorang diri di tepi kuburnya dengan wajah murung, gelisah kerana sedih.

Tidak berapa lama kemudian datang malaikat membawa beberapa talam yang ditutup dengan saputangan. Seolah-olah seperti cahaya yang gemerlapan.
Malaikat mendatangi para ahli kubur dengan membawa talam-talam itu, tiap seorang mengambil satu talam dan dibawanya masuk ke dalam kuburnya.

Semua ahli kubur mendapat satu talam seorang sehingga tinggallah si pemuda yang kelihatan sedih itu seorang diri tidak mendapat apa-apa.
Dengan perasaan yang sedih dan duka dia bangun dan masuk semula ke dalam kuburnya. Tapi sebelum dia masuk Al Mazy yang bermimpi segera menahannya untuk bertanyakan keadaannya. "Wahai hamba Allah ! Aku lihat engkau terlalu sedih mengapa?" tanya Salih Al Mazy. "Wahai Salih, adakah engkau lihat talam-talam yang dibawa masuk oleh malaikat sebentar tadi?" tanya pemuda itu. "Ya aku melihatnya. Tapi apa benda di dalam talam-talam itu ?" tanya Al Mazy lagi. Si pemuda menerangkan bahwa talam-talam itu berisi hadiah orang-orang yang masih hidup untuk orang-orang yang sudah mati yang terdiri dari pahala sedekah, bacaan ayat-ayat suci Al Quran dan doa. Hadiah-hadiah itu selalunya datang setiap malam Jumaat atau pada hari Jumaat. Si pemuda kemudian menerangkan tentang dirinya dengan panjang lebar.
Katanya dia ada seorang ibu yang masih hidup di alam dunia bahkan telah berkahwin dengan suami baru. Akibatnya dia lupa untuk bersedsekah untuk anaknya yang sudah meninggal dunia sehingga tidak ada lagi orang yang mengingati si pemuda. Maka sedihlah si pemuda setiap malam dan hari jumaat apabila melihat orang-orang lain menerima hadiah sedangkan dia seorang tidak menerimanya.


Al-Mazy sangat kasihan mendengarkan cerita si pemuda. lalu ia bertanya nama dan alamat ibunya ia dapat menyampaikan keadaan anaknya. Si pemuda menerangkan sifat2 ibunya. Kemudian Al Maizy terjaga. Pada sebelah paginya Al Maizy terus pergi mencari alamat ibu pemuda tersebut. Setelah mencari kesana kemari beliaupun berjumpa ibu sip pemuda tersebut lantas menceritakan perihal mimpinya.
Ibunya menangis mendengar keterangan Al maizy mengenai nasib anaknya yang merana di alam barzah. Kemudian ia berkata :"wahai salih ! Memang betul dia adalah anakku. Dialah belahan hatiku, dia keluar dari dalam perutku.
Dia membesar dengan minum susu dari dadaku dan ribaanku inilah tempat dia berbaring dan tidur ketika kecilnya." Al Maizy turut sedih melihat keadaan ibu yang meratap dan menangis penuh penyesalan kerna tidak ingat untuk mendoakan anaknya selama ini.
"Kalau begitu saya mohon minta diri dahulu." kata Al maizy lalu bangun meninggalkan wanita tersebut. Tatkala dia cuba untuk melangkah si ibu menahannya agar jangan pulang

dahulu. Dia masuk kedalam biliknya lalu keluar dengan membawa wang sebanyak seribu dirham. "Wahai Salih, ambil wang ini dan sedekahkanlah untuk anakku, cahaya mataku.

Insya Allah aku tidak akan melupakannya untuk berdoa dan bersedekah untukya selama aku masih hidup."Salih Al Maizy mengambil wang itu disedekahkannya kepada fakir miskin sehingga tidak sesenpun dari seribu dirham itu yang tinggal. Dilakukannya semua itu sebagai memenuhi amanah yang diberi kepadanya oleh ibu pemuda tersebut.
Pada suatu malam Jumaat di belakang selepas itu, Al Maizy berangkat ke masjid jamik untuk solat jamaah. Dalam perjalanan sebagaimana biasa ia singgah di perkuburan. Di situlah ia terlena sekejap dan bermimpi melihat ahli-ahli kubur keluar dari kubur masing2. Si pemuda yang dulnya kelihatan sedih seorang diri kini keluar bersama-sama dengan memakai pakaian putih yang cantik serta mukanya kelihatan sangat gumbira. Pemuda tersebut mendekati Salih Al Maizy seraya berkata :

"Wahai tuan Salih, aku ucapkan terima kasih kepadamu. Semoga Allah membalas kebaikanmu itu.
" "Hadiah dari ibuku telah ku terima pada hari jumaat." katanya lagi. "Eh, Engkau boleh mengetahui hari Jumaat ?" tanya Al Maizy.
"Ya, Tahu." "Apa tandanya ?" "Jika burung-burung di udara berkicau dan berkata "Selamat selamat pada hari yang baik ini, yakni hari Jumaat."

Salih Al Maizy terjaga dari tidurnya. Ia cuba mengingati mimpinya dan merasa gumbira kerana sipemuda telah mendapat rahmat dari Allah disebabkan sedekah dan doa dari ibunya.
* Gunakan lah kelebihan teknologi sebaik mungkin kerana teknologi memberi kita kemudahan untuk berdakwah dan mempertingkatkan ilmu didada. Sebarkanlah ilmu Allah seluas yang mungkin kerana setiap ilmu yang disebarkan akan membantu kita diakhirat kelak.

p/s: dalam sibuk membuat kejer pada petang semalam ..dapat la kiriman email mengenai tentang Hadiah Malam jumaat..kepala time tu dah ingat laindah..rupa-rupa nyer tersentuh hati bila baca etikel..rasa sedar diri sekejap..thank MARIANA kerana bagi peringatan itu,,kita sama-sama lah menuju jalan yang diredhai oelh Allah SWT..

Bila Airiel takut Lipas

Assalamualaikum..kembali bersiaran kali ni ..13 April 2012 .
Aku sebenarnya teringgat pasal lipas ni la..lagipun dalam pantry office aku ni banyak sangat lipas,yang kcik,besar,yang panjang pun ader..
aper jenis lipas tak tau la..
heee geli aku..klu dah banyak sangat binatng ni bleh jadi penyakit..
berbalik pada cerita lipas ni ..anak  aku si Airiel memang takut dengan lipas..
stress aku kenapa takut lipas lahh..
klu nampak lipas kemain mememik dia..
suka ker geli ker..
aku memang jahat..ambik lipas dan kejar dia dengan binantng ni ,
kemain menceceh lari dia..
suka plak aku tengok..
aku skrag ni tengah terbanyag wajah dia bila aku kejarkan dia dengan lipas..
lucu la...




note:sedang asyik membuat kejer teringat pada si Aireil kala begini bila adik takut lipas

30 March 2012

PERCUBAAN PERTAMA..

Assalamualaikum...kembali bersiaran setelah hampir menyepi sekejap..so nak story mory skit kali ni..actually tak sangka gak jadi penyayi yang tak bertauliah untuk menynyi dalan Dikir Barat .Dikir Barat kami ni namanya adalah PESISTAR..nak tahu sama yang bagi nama ni..Kak Emmy farhany salah seorang awak2 dalam kumpulan ini..kak emmy ni memang pndai menyanyi..Dalam satu NRE pun dah kenal suara dia..so skrg dia menjadi penasihat suara ..aku belajar selok belok lenggok pada dia...aku ni jenis tak reti nak bawak ala ala dandut..biasa memang bawak biasa biasa jer...Tuah ayam nampak dikaki ..tuah manusia siapa yang tahu kan..Kegemilangan 28 Mac 2012 aderlah kemuncak pertandingan Simfoni Seni yang diterbitkan ilham dari KSU aku..Percubaan pertama menjadi ekkk...tempat kedua bagi  Kumpulan kami..jadilah...keriangan tepancar dimuka mereka semua dengan kemenangan..setelah hampir 3 minggu berlatih dan bersungguh-sungguh tapi rasa puas dengan aper yang dapat..lepas ni bila plak nak bersama dengan mereka semua ni..pasti rindu dengan keriohan suara suara mereka ini ..so kita tengok gambor je laaa....cekidauttt


ni hadiah yang dapat hamper dan trofi


kumpulan PESISTAR

hemmm hebat tak kami

gambar diambil masa pertandingan

org kuat PESISTAR

Trofi yang dimenanggi

hahh ni la kak emmy yang dalam cerita aku ni..cute kan dia..

13 March 2012

CARA KIRA BERAT INDEKS KITA (BMI)

Cara Pengiraan Berat Indeks Tubuh Anda ( BMI )
Berlebihan berat badan adalah disebabkan oleh pelbagai faktor termasuk yang diwarisi atau diperolehi (dilakukan) sendiri. Ciri nyata yang menandakan berlebihan berat badan ini ialah memiliki lemak badan yang berlebihan. Rawatan serta pengurusan jangka panjang diperlukan untuk mencapai dan mengekalkan penurunan berat badan. Pengambilan kalori yang berlebihan serta kurang bersenam merupakan penyebab utama seseorang itu mengalami penambahan berat badan.



Apabila kalori diambil berlebihan, bakinya akan ditukarkan menjadi lemak tepu yang akan meningkatkan lagi kolesterol dalam darah. Setiap orang perlu memberi perhatian yang serius terhadap berat badan mereka. Mengekalkan berat badan yang sesuai dengan ketinggian anda merupakan cara yang paling penting untuk mengekalkan badan yang sihat dan menarik.

Petua Mengira Indeks Jisim Tubuh (BMI)
Cara mengira keseimbangan berat dengan tinggi – Indeks Jisim Tubuh (BMI): Berat tubuh badan (KG) bahagi Ketinggian (M) kali Ketinggian (M)

Contoh : Jika berat badan anda 55 kg dan ketinggian anda 1.56 m Mula-mula, kalikan 1.56 dengan 1.56 bersamaan 2.4336 Kemudian bahagikan 55 dengan 2.4336 untuk mendapatkan BMI anda, yang mana jawapannya ialah 22.6 Mari lihat carta BMI di bawah. Sekiranya BMI anda :

 
* Kurang daripada 20, berat badan anda adalah berkurangan

* 20 hingga 24.9, anda terdiri dari berat badan yang normal
* 25 hingga 29.9, berat badan anda mulai berlebihan

* 30 dan keatas,anda adalah obesiti

Melayukini.net - Secara normalnya, kita perlu memastikan bahawa BMI kita mencapai antara 20-24.9 bagi mencapai tahap kesihatan jisim tubuh yang baik. Elakkan juga dari makan makanan yang mengandungi lemak dan kolestrol yang tinggi.



8 March 2012

TERIMALAH KEPUTUSAN INI.

Assalamualaikum..
kembali lagi bersiaran..

nak kongsi skit tengtang PENGUMUMAN PM TADI YANG BERLANSUNG KAT PICC,SEMPENA PERHIMPUNAN BERSAMA PENJAWAT AWAM
8 MAC 2012

ini adalah isu hangat sekrang ni..mcm pisang panas...Rata-rata mengeluh dengan keputusan yang diberikan PM ..Ader yang puas hati dan ader yang senang dengan keputusan ini..Bagi PM nak memuaskan nafsu puas hati manusia memang susah ..tapi keputusan i ni pun dah diterima pakai oleh PA semua..walaupun PA berhasrat dapat kenaikan yang banyak tapi dapat skit pun kira memadai..tapi bagaimana yang PA yang dikatakan gaji mereka ini telah mencapai tahap mati gaji..dan aper tindakan JPA kearah PA yang sebegini..
masalah-masalah...



dipaparkan sedikit informasi berkenaan perhimpunan ini...

TERPULANGLAH

Assalamualaikum..
kembali bersiaran lagi ..kali ni nak kongsi skit dengan korang semua,,so aper yang aku tulis ni cuma luahan hati aku jer..kadang -kadang manusia ader masalah yang taerbendung..dan tak dapat nak dilepaskan masalah itu..tapi berlainan dengan aku..bohong la klu manusia yang dijadikan ini tidak mempunyai nafsu masalah ..itu bukan manusia namayer..itu hantu..hehehheheh..
Bagi aku sikap dan tindaktanduk aku ader la hal aku sendiri..baik buruk kebaikan aku orag lain akan menilai serta tuhan juga menilain itu yang penting kan....
So kali ni luahan rasa hati aku sendiri..maybe ader ramai lagi yang mengenali diri aku,siapa aku..perangai mcm mana..ok ker dia..cantik ker idak(perasan la)...so aku bleh cakap jer skrg..AKU TAK KISAH....

Tapi sekarang aku sedar..
walau baik mcm mana pun kita dengan seseorang itu,pasti dia akan kritik kita dan beranggapan tengtang peragai kita..aku tak la baik sangat..tapi aku terima kritikan seseorang tu..
tapi sekekarang aku sedar..
walaubagaimana pun baik seseorang itu tak pasti berpanjngan ..
tapi aku tak heran ..
aku senang jer skerang ni..nak kawan ker atau idak,terpulang lah..nak kata sombong ker..terpulang ler..nak kata apa-apa pun terpulang ler..aku angggap mereka itu PARASIT..janji aku buat kejer dan gaji aku tak susut disebapkan hal ini.Aku bukan  baguspun..dan tak la setinggipelajaran yang mereka ada,seperti golongan parasit ini..

Tapi sekarang aku sedar..
aku tak kacau orang..
aku tak usik laki korang..
aku tak minta gaji /duit ker kat korang.
tapi yang membezakan aku dengan korang aderlah cara penyampaian kejer aku ..dan juga cara aku menghargai orang..

Aku akan muhasabah diri untuk menjadikan aku buleh bersikap baik dengan semua orang...

cekidauttttttttttttttt

5 March 2012

BESDAY STAF BMG

Assalamualaikum..
Kembali bersiaran kali ni..Nak kongsi dengan korang pasal minggu lepassebap my office  ader sambutan Meraikan Ulang Tahun Kelahiran kakitangan Bahagian Mineral dan Geosains tempat aku bekerja.nak tengok besday girl yang diraikan ..jom...cekidauttt...

kek besday untuk orang yang diraikan..


menunggu ketibaan orang yang nak diraikan ..aper agaknyer yang
 puan zaharah cakap ngan Puan Tan tu ekkk!!


alehhh suka ler tuh! tiup Pn Jes..tiupp..

aper yang suka sangat di Fida tu yer ngan Nora..tambah lagi nampak wajah
 pn jes yang memang happy time tu

potong kek sama sama.
dari kiri Kak Maton,Nora,Fida..Puan Jes..dan Syud


SELAMAT HARI LAHIR DAN SEMOGA YU ALL SUKSESS DAN HAPPY SELALU DARI AKU ..

29 February 2012

SOME LIKE U

Assalamualaikum...hai kembali bersiaran petang ni ..aku skrg ni kat opis..semenjak ni suka sangat dengar lagu ADELLE ni ..dah jatuh cinta ngan lagu ni..korang suka tak lagu ni..


I heard that you’re settled down
That you found a girl and you’re married now,
I heard that your dreams came true,
Guess she gave you things I didn’t give to you,
Old friend, why are you so shy?
Ain’t like you to hold back or hide from the light,
I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over,
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead, yeah,
You know how the time flies,
Only yesterday was the time of our lives,
We were born and raised in a summer haze,
Bound by the surprise of our glory days,
I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over,
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Nothing compares,
No worries or cares,
Regrets and mistakes, they’re memories made,
Who would have known how bittersweet this would taste?
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead.



27 February 2012

CARA MENGATASI ANAK YANG NAKAL..

Tetiba dalam mencari cara cara kemasukan sekolah agama untuk anak..terjumpa satu artikel menarik macm mana mendidik anak yang nakal...bila baca.. rasa diri kita sendiri mencabar untuk mendidik insan yang mulia ini..aku akui sendiri dalam mendidik anak bukan nyer senang..malah zaman cangih sebegini pergaulan dan percakapan sering kali menjadi ikutan para anak anak ..so anak aku pun semakin bertambah usia dan bertambah gak pemikiran..klu bleh aku nak cuba aper yang dikatakan perkara perkara dibawah..


Apa akan kita buat apabila kita pulang ke rumah selepas penat bekerja, anak kita akan terus membuat semak rumah dengan mainan dan peralatan lain yang boleh dianggap sebagai mainan ataupun semasa kita sedang memandu, anak kita mengganggu kita atau apa sahaja perbuatan yang boleh membuatkan kita marah dan terus menengking mereka. Jawapannya mungkin kita akan marah dan tengking anak kita. Jika kita kata “JANGAN” mereka lagi akan buat perkara yang sama. Perkataan JANGAN ini seperti tidak “makan” pada diri mereka. Contoh : Jangan main gunting nanti luka jari!, Jangan lompat nanti jatuh!
Saya amat menyokong fakta yang mengatakan sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini kerana, apa sahaja yang dilihat dan didengar setiap hari ia seperti suatu pembelajaran bagi anak tersebut dan ia tersemat ke otak. Contohnya : Mereka suka menyebut perkataan “bodoh” tapi tidak tahu maknanya. Mereka juga suka meludah atau menjelirkan lidah seperti mengejek kita tapi tidak tahu sebabnya.
Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Begitu juga sebaliknya, seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.
Mungkin juga fakta yang mengatakan setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya adalah benar. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?
Langkah 1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.
Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.



Langkah 2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.
Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.
Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.
Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa
Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.
Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.
Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.
Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.
Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.
Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Saya juga bukan sahaja mengingatkan anda malah diri saya sendiri terutamanya, mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan kenakalan mereka menggugat kesabaran kita pada setiap tikanya. Oleh itu, kita sebagai ibubapa haruslah bersabar dari menahan kemarahan terhadap anak kita.







KARNIVAL WOW DAN DOWNTOWN MALAM..

hai Assalamualaikum..kembali bersiaran lagi kali ni ..minggu lepas aku dan family pergi ker karnival Wow DiPutrajaya..bukan buat per pun cuma jalan jalan bawak anak  yang nak tengok sangat aper yang ader kat Karnival tu.so aku pun plan nak pergi tenghari tapi keadaan tapi  cuaca yang tak mengizinkan untuk pergi waktu tu..kami pun pergi waktu malam ler..konon rasa sejuk skit la ..susah nyer nak cari parking..padan muka husband nak cari pakrking ..time cegini kul 8.00 mana ader parking..dalam setengah jam gak ler duk cari tunggu mana org nak kuar..alih alih kami parking kat bawah berdekatan dengan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin ..parking ker tempat Karnival tak ler jauh sangat..tapi parking disitu agak selamat sikit berbanding tenpat yang kami nak parking mula mula..So kami pun jalan jalan lah dalam khemah..banyak jugak pameran yang disediakan..dalam jalan2 .. aku pun tak tahu gak malam tu ader Konsert Wow..sempat tengok artis Hazama.Mila..Black.Stacy..yang lain tu tak sempat nak tengok sebap kami beralih ker pameran yang lain..anak aku yang si Fathin aper lagi klu tengok konset kemain lagi naik shehhk ler dia..dah tentu artis pujaan dia ader Si Mila tu..haisssh suka bebeno la..walaupun dapat lihat dari belakang pentas tapi kira nampak gak ler artis kesayngan dia tu...Hahah lagi best kali nie aku dapat buat sekeping gambar Karikatur Aireil Arman ..so hasil memang amazing ..cantek..dan nampak hemsem..berbaloi la dengan bayaran RM 20.00 warna hitam putih....ramai gak la yang tunggu giliran untuk suruh mamat tu melukis...Airiel mula mula nampk malu siap suh teman lagi kakak nyer duduk kat dia..ngada-ngada Ariel time tu..tapi atlesstt menjadi gambar tu..Waktu pun baru kul 10.30 mlm..aku dan husband merasakan malam masih awal lagi ..kami pun bawak anak merendek kat Downtown Mines(Bazar larut malam)..lepak kat kedai mamak dan m
akan ..dan kami pun kiranyer menjelajah kawasan gerai disitu..mana mana downtown semua nyer sama..tak lari dengan jual baju sukan  dan barangan kanak..budak aper tah lagi la memang tak leh tengok mainan...Tpi yang paling tak tinggal terdapat gerai makan memang banyak..memang ler org malaysia ni suka sangat makan ..waktu pagi pun masih berselera makan ..mana tk gemuk ...untung kan duduk kat Malasia..melimpah ruah makan ,tapi jangan membazer suda lah...

sedikit information ::
Bazar Larut Malam Mines Auto City, Seri Kembangan = The Largest Malaysian Night Bazaar
Masa Beroperasi : 8 malam - 3 pagi
Ada hampir 600 gerai jualan, playgrounds, pentas persembahan dan kawasan parking di sekeliling bazar. Tiket parking RM1.00 oleh Pewaris Malaysia.

cekidauttttttttttttt..



24 February 2012

BERMONOLOG DI HARI JUMAAT

Assalamualaikum..kembali bersiaran kali ni tengahari Jumaat..

Ehmmm..tak tahu nak buat..klu selalunyer time cegini aku balik rumah dan jemput anak dari sekolah ..dan rehat sekejap gie hantr untk sekolah agama plak..tapi avtiviti tu tak buat lagi sekarang nie..memandangkan anak aku yang sikakak tu dah pandai berdikari ..so aku dan suami tak yah susah lagi dah...hisshh tapi boring gak ekk..duk teperap jer kat dalam opis nie..nak tidur mata tak leh tidur...tahukan klu hari jumaat time rehat untuk org gomen 12.15 hingga 2.45 panjangkan..kebanyakan org gomen yang kojer ka putrajaya ni memang suka sangat kuar ..lebih lebih lagi kat pasar tani .Alamanda.(tak habis2 kat situ)..ader jer org pompuan ni nak beli ekkk..aku heran...aku ni seorang yang tak beberapa suka berjalan ..cegini ler jadi nyer..org pergi jalan awak tidur...wehhh tidur tu lagi bagus dari pergi berjonket(bak kata org perak).kejap ekkk tengah makan donut pemberian my officer..wah layan gak la donut ni..iklan jap ekkk..nanti kembali bersiaran...
cekeidautttttt..

20 February 2012

BERTIMBANG RASA DENGAN ORANG BAWAHAN


Assalamualaikum..kembali bersiaran pagi Isnin.di ofis..dalam buat kejer sambil layang internet.terbuka la satu forum mengenai benda ni...so rasa mcm kena sangat la tajuk diatas dengan mana mana pekerja yang dubuat cegitu..hehhe..mungkin korang ader kena mcm ni..aper aper pun layan jer..mungkin ini ader lah renungan untuk kita mengetahui adil dan ketidakadilan dalam membentuk satu budaya kejer yang cemerlang ...
cekidauuttt....

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a: "Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada ku;
Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapa pun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka."

(al-Bukhari)
Huraian
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya. Sikap 'egoist' akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua.
Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan. Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.


alhamdulillah...persekitaran di tempat kerja aku tak jadi macam gambar di atas ni. bos dan senior semua ok. aku je tak berapa ok rasanya. masa orang lain pergi makan tengahari, aku tido. haha...

cekidauttt..

10 February 2012

SELAMAT ULANG TAHUN PERKHAWINAN

Pernikahan adalah suatu pertemuan dua insan yang memiliki karakter dan kebiasaan sehari-hari yang berbeza satu sama lain. Namun perbezaan itulah yang telah memberi warna pada pernikahan. Banyak kejadian lucu, menyedihkan, menggembirakan, mengharukan atau bahkan menjengkelkan yang kami alami yang membuat pernikahan kami terasa hidup, segar dan tidak menjemukan.


SEBUAH PUISI!! Untuk suamiku kerana setelah hamper 9 tahun dikau melayari bahtera bersama ku .

Kanda....
Tidak terasa, biduk rumah tangga kita telah berlayar demikian panjang
Suka dan duka telah kita arungi bersama...
Namun harapan indah ke depan masih terus kita kibarkan
Agar perjalanan menjadi lebih indah dan menyenangkan
kanda....
Sepertinya perkembangan waktu menjadikan kita lebih dewasa....
Memahami dua insan yang berbeda memang terkadang sulit tapi menyenangkan
Membawa hati menjadi lebih sabar dan tenang, meski masih harus banyak belajar...
Namun...itu laksana tanaman yang tumbuh, perlu buaian dari yang menaruh harapan
Yang memerlukan sentuhan lembut, kasih sayang dan perlindungan...


kanda...
Dalam perjalanan ini tentu saja banyak khilaf karena keterbatasan kita
Oleh karenanya....mari kita bersihkan dengan ikhlas segala noda yang mengotori
lubuk hati kita yang paling dalam
Kita pupuk kembali bahtera rumah tangga kita, agar tumbuh subur dan bermanfaat
bagi orang banyak...
Sehingga biduk itu berlayar dalam sakinnah, mawaddah, wa rahmah....
Yang di dalamnya di perkaya dengan anak2 yang sholeh dan sholehah yang
senantiasa mendoakan kedua orang tuanya......


kanda....
Rasanya sudah sulit merangkai kata-kata yang lebih indah lagi....
Hanya ucapan terima kasih atas kesetiaan mendampingi hingga saat ini...
Selamat melewati 9 tahun usia pernikahan kita...semoga kekal semalannya

Amiin.

17 January 2012

TAHUN BARU CINA KINI MENJELANG

Tahun Baru Cina merupakan perayaan terpenting orang Cina bagi menyambut tahun baru dalam kalendar qamari Cina. Kalendar qamari Cina terbahagi kepada kitaran 12 tahun dan dinamakan sempena nama haiwan. (Lihat Tarikh perayaan di bawah.)
Tahun Baru Cina melambangkan permulaan, titik permulaan dalam nasib dan kehidupan. Sebelum hari tahun baru bermula, sanak saudara yang jauh akan kembali berkumpul. Rumah akan dicuci dan segala hutang-piutang dikutip atau dibayar agar mereka tidak sentiasa dikelilingi hutang sepanjang tahun yang baru. Mercun dibakar pada tengah malam bagi menandakan bermulanya tahun baru dan bagi menghalau puaka dan nasib malang. Rumah-rumah dihiasi dengan buah limau sebagai simbol murah rezeki, bunga dan pokok limau.
Tahun Baru Cina diraikan dengan jamuan yee sang dan kuih bakul. Kaum keluarga akan makan besar dengan masakan tradisi seperti daging itik, daging salai, sosej, kuih pulut, dan limau mandarin. Golongan muda pula akan melawat golongan tua dan menerima wang ang pau dalam sampul merah bagi melambangkan nasib baik, yang diberikan oleh orang yang berkeluarga kepada mereka yang masih belum kahwin. Perarakan tarian naga atau singa akan diadakan, dengan kereta berhias yang diiringi bunyi gendang. Lima belas hari selepas perayaan Tahun Baru Cina, perayaan Tahun Baru Cina ditamatkan dengan perayaan Chap Goh Mei.
Tahun Baru Cina disambut di negara-negara dan wilayah-wilayah yang diduduki oleh ramai orang Cina, seperti Tanah Besar China, Hong Kong, Indonesia, Macau, Malaysia, Filipina, Singapura,[1] Taiwan, Thailand, dan juga di Pekan Cina di merata dunia. Tahun Baru Cina juga disetempatkan bangsa-bangsa yang kuat dipengaruhi dengan budaya Cina (termasuk memakai takwim qamari Cina), termasuk Korea (Seollal), Tibet dan Bhutan (Losar), Mongolia (Tsagaan Sar), Vietnam (Tết), dan Jepun hingga tahun 1873 (Oshogatsu).

Tarikh perayaanRencana utama: Astrologi Cina


Sambutan Tahun Baru Cina di Chinatown, London.Tarikh hari tahun Baru Cina dari 1996 hingga 2019 (dalam kalendar Gregory) adalah disenaraikan seperti berikut, besertakan lambang haiwan dalam zodiak Cina dan lambang dahan buminya. Nama-nama dahan bumi tersebut bukan perkataan bahasa Cina bagi haiwan-haiwan tersebut.


Sejarah

Sebelum Dinasti Qin, tarikh perayaan permulaan sesuatu tahun adalah tidak jelas. Barangkalinya, awal tahun ini bermula dengan bulan 1 ketika Dinasti Xia, bulan 12 ketika Dinasti Shang, dan bulan 11 ketika Dinasti Zhou di China. Namun, adalah diketahui bahawa "bulan lompat" yang dipakai untuk memastikan kalendar qamari selari dengan matahari, sentiasa ditambah selepas bulan 12 ketika Dinasti Shang (menurut catatan tulang orakel yang masih wujud) dan Zhou (menurut Sima Qian). Maharaja pertama China Qin Shi Huang menukar dan menetapkan awal tahun pada bulan 10 pada 221 SM. Sama ada Tahun Baru diraikan pada awal bulan 10 atau bulan 1, atau kedua-duanya, itu tidak diketahui. Pada 104 SM, Maharaja Wu yang memerintah sewaktu Dinasti Han menetapkan bulan 1 sebagai awal tahun, yang masih kekal sampai masa ini.




Mitos


Puisi Tahun Baru Cina tulisan tangan ditampal pada pintu ke rumah orang, di Lijiang, Yunnan, China.Menurut legenda, pada zaman dahulu, Nián (年) ialah seekor raksasa pemakan manusia dari pergunungan (dalam versi-versi lain, dari bawah laut), yang muncul setiap 11 tahun, sekitar musim sejuk, untuk memburu manusia. Orang ramai kemudiannya percaya bahawa raksasa Nian sukar menahan bunyi bising dan warna merah, maka mereka mengusirnya dengan letupan, bunga api dan penggunaan warna merah secara meluas. Adat-adat inilah yang membawa kepada perayaan Tahun Baru yang sulung. Guò nián (Cina Tradisional: 過年, Cina Ringkas: 过年), yang bermaksud "menyambut tahun baru", membawa erti harfiah "meredah raksasa Nian".[2][3]

Sambutan perayaan

Sambutan Tahun Baru Cina disambut dengan menziarah ahli keluarga saudara-mara dan sahabat, serta penggunaan warna merah yang berlebihan. Ang pau diberikan kepada orang muda dan kanak-kanak oleh orang tua dan yang telah kahwin.
 Sebelum Tahun BaruPada hari-hari sebelum Tahun Baru Cina, keluarga-keluarga Cina membersihkan rumah mereka secara menyeluruh, kerana mereka percaya bahawa pembersihan ini menghalau nasib malang dan musibah yang menimpa pada tahun yang berlalu serta menyediakan rumah mereka untuk menjemput nasib baik. Penyapu dan pengumpul habuk disimpan pada malam sebelum Tahun Baru dan hari pertama agar nasib baik itu tidak boleh disapu keluar. Ada orang yang mengecat rumah, pintu dan sisi tingkap dengan warna merah. Rumah dihiasi potongan kertas yang ditulis pepatah mengucap kebahagiaan dan kemakmuran dalam bahasa Cina.
Acara terbesar pada malam Tahun Baru Cina ialah jamuan pertemuan semula. Hidangan yang terdiri daripada ikan terdapat di atas meja makan untuk tujuan paparan sempena jamuan ini. Di China utara, adalah juga menjadi adat untuk memakan ladu untuk jamuan ini. Ladu melambangkan kemewahan kerana bentuknya berupa tongkol emas Cina. Ang pau bagi ahli terdekat dalam keluarga kadang-kadang diberi sewaktu jamuan pertemuan semula. Paket ini sering mengandungi duit dalam bilangan nombor tertentu yang mencerminkan tuah dan kehormatan.[4]
Cekidauuu

AZAM TAHUN BARU

Assalamualaikum..kembali bersiaran ...Setiap kali tiba tahun baru semua orang ingin membicarakan tentang azam baru mereka. Apa azam tahun baru korang..

nak tahu azam tahun baru aku tahun ni,,aderlah untuk menjadikan sebaik baik kejadian..meningkatkan mutu kerja..dan menjadi ibu dan isteri yang penyayang untuk keluarga...
cekidauuuuuuuuuuuuuut

SELAMAT TAHUN BARU


Alhamdullilah syukur ke hadrat Allah SWT kerana kita dapat menyaksikan tertutupnya tirai tahun 2011 dan menyinsingnya fajar baru 2012. Sesungguhnya 2011 merupakan tahun yang amat monumental kepada negara kerana ia telah menyaksikan lengkapnya “roll out” inisiatif dasar kerajaan di bawah payung Dasar Transformasi Nasional (2011-2020) dan dengan itu juga pengenalan siri keempat Rangka Rancangan Jangka Panjang Negara (RRJP) semenjak ia mula diperkenalkan pada tahun 1971. DTN merupakan komponen terakhir dalam usaha merealisasikan Wawasan Kebangsaan untuk menjadi sebuah negara maju berpendapatan tinggi menjelang tahun 2020.
DTN mempunyai permulaannya dengan pelancaran Program Transformasi Kerajaan (GTP) diikuti Program Transformasi Ekonomi (ETP) serta pelancaran Model Baru Ekonomi (NEM), Program Transformasi Politik (PTP) dan Program Transformasi Luar Bandar (RTP). Kesemua inisiatif dasar ini bukanlah sekadar pengumuman kosong mahupun tidak berpijak pada bumi yang nyata kerana jika dilaksanakan dengan betul dan mengikut jadual akan menyaksikan kemunculan sebuah Malaysia Baru. Sebuah negara yang bukan sahaja maju dari segi ekonomi dengan kemakmuran yang dikongsi setiap strata dan segmen rakyat tetapi juga sebuah watan dengan tradisi demokrasi serta perbezaan pendapat yang membina dan membugar.


Kerajaan tetap komited dengan program islah dan pembaharuan dalam semua bidang dan aspek kehidupan bernegara kerana inilah kehendak dan aspirasi rakyat yang mahukan kehidupan yang lebih baik untuk mereka dan anak-anak mereka. Inilah usaha demi Generasi masa depan Malaysia yang berhak membesar dalam suasana harapan bukannya kemuraman. Kita tidak akan tunduk kepada tekanan mana-mana pihak yang mahu menggagalkan matlamat mulia ini.
Di bawah PTP bagi mengimbangkan Keselamatan Kebangsaan dan Kebebasan Individu seperti yang terjamin dalam Perlembagaan Negara misalnya kita telah memansuhkan tiga proklamasi darurat yang berkuatkuasa semenjak lebih empat dekad yang lalu kerana kerajaan percaya kita tidak mampu membina sebuah Malaysia yang baru jika kita masih teperangkap dengan bebanan sejarah lampau. Dengan semangat yang sama kerajaan juga telah mengumumkan pemansuhan beberapa Akta yang berkaitan Keselamatan dan Ketenteraman Awam seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri, Akta Kediaman Terhad, Akta Buang Negeri dan Seksyen 27 Akta Polis yang telah digantikan dengan Akta Perhimpunan Aman 2011 yang menjamin kebebasan individu untuk berhimpun secara aman seperti yang diperuntukkan undang-undang tertinggi negara Perlembagaan Persekutuan. Usaha ini akan diteruskan dalam sessi Parlimen seterusnya pada tahun 2012 bagi memansuhkan ISA dan membentang rang undang-undang baru yang akan menggantikannya serta meminda AUKU serta Akta Mesin Cetak dan Penerbitan.

Melalui bajet rakyat 2012 pula yang baru diluluskan Parlimen kerajaan hari ini juga telah meneruskan tradisi negara berkebajikan yang telah menjadi amalan kerajaan yang memerintah semenjak merdeka lagi. Kita tidak pernah melupakan nasib warga luar bandar mahupun warga bandar, golongan berpendapatan rendah mahupun kelas pertengahan serta mereka yang berpendapatan tinggi, kita akan sentiasa membela untung nasib seluruh rakyat Malaysia dan akan terus prihatin terhadap denyut nadi dan aspirasi mereka.


Marilah kita bersama-sama kerajaan dan rakyat merealisasikan masa depan yang lebih baik untuk bumi tercinta ini. Ia bukannya sebuah mimpi malahan ia dalam rangkulan kita jika kita sanggup merancang dengan teliti dan bekerja keras bagi mencapainya. Tidak ada yang mustahil jika kita mampu mengimpikannya, sesungguhnya hari-hari yang terbaik kita masih berada di hadapan kita bukannya sudah tinggal dalam lipatan sejarah. Selamat tahun Baru 2012, Dirgahayu Malaysia.