28 September 2011

Ibu ,Mak, wajah mu masih ku rindu

Mak dan ibu wajah wajah terakhir mu masih ku ingat….senyum terakhir mu juga masih segar di ingatan ini…ungkapan terakhir mu masih terngiang di cuping telinga ku. Sambutan Syawal pada tahun 2010 adalah amat bermakna bagi aku dan anak-anak ku kerana masih dapat bersama mu untuk dipeluk dan salaman terakhir itu membuat aku sebak. Walaupun baju raya yang aku beli untuk mu itu tidaklah semahal baju raya yang pernah kau belikan untuk ku masa kecil ku…tapi aku tetap mahu kau gembira Mak dengan baju raya yang aku belikan untuk mu.​

 Mak, tak pernah aku sangka kata-kata mu pada hari itu akan membuahkan kenangan yang tak dapat aku lupa…Raya pada tahun (2010) adalah sambutan yang terakhir kami adik beradik dapat bersama mu. Mak, walaupun kami semua tahu penyakit jantung yang mak tanggung itu memang akan berakhir dengan kesedihan yang tak dapat kami tanggung, namun kami pasrah

Mak dan redha di atas kehendakNya. Seperti yang kami jangka, pada 21 Mac 2011 sehari selepas hari jadi aku , Mak telah pergi buat selama-lamanya dan kini Syawal telah pun dipenghujung..Kali ini memang benar kami akan beraya tanpa mu di sisi…tiada lagi gurauan mu, senyuman mu malah tiada lagi wajah mu untuk aku tatap dan cium!

Mak,serta ibu ku Bulan Syawal telah pun berakhir dan semoga roh mu bersama roh orang-orang yang beriman! Al-Fatihah buat ibu dan mak ku tersayang SALMAH BINTI ZAKARIAH walaupun aku tidak sempat mengenali ibu tapi jiwa aku sangat sayang dan amat amat merindui peluk,cium wahai ibuku..DAN JUGA TERISTIMEWA MAHANI BINTI YAAKOP
aku ader menyimpan gambar untuk tatapan ketika beliau ada>





Gambar terakhir ketika menyambut Ulang tahun kelahiran pada tahun 2010


Kek yang terakhir untuk di potong


Di wad IJN menerima rawatan Jangtung

Beliau tidak dapat bercakp kerana dimasukan saluran penafasan  jantung kedalam mulut


gambar selepas ditukar ker wad lain dan tengah selera makan

gambar bersama Daniel dan Wahida,bila fathin tengok gambar nie mesti marah ,sebap aper dia tak dapat masuk wad ni,sebap fathin tak datang

             kenangan Bersama cucu..Wahida

23 September 2011

SUASANA HARI RAYA.

Assalamualaikum..
hah,kali nak apload gambor skit masa hari raya di Gombak dan seterusnya di Kampung Halaman Teluk Intan Perak

ok,kali ni pada tahun 2011,aku dan familiy buat pertama kali nyer beraya dirumah sendiri dekat Salak Tinggi Sepang,dah hampir 4 tahun berpindah dan kali ni dapat ler beraya dirumah sendiri,selalu pada tahun -tahun lepas sebelum emak meninggal dunia aku beraya bersama kedua org tua yang duduk dekat Setapak jer,so sekarang abah tinggal bersama adik,dari umah aku dan umah abah tak jauh pun ,lepas sembahyang raya kami pun balik ker Setapak untuk berkunjung ker umah Opah yang terletak dekat Gombak,
 
gambar abah bersama dengan cucu,Daniel dan Airiel.(aper la airiel tak tengok camera)

gambar bersama Opah di GOMBAK,


Ok.seterusnya bila pulang dikampung Teluk Intan.
Kali ni aku pulang kekampung halaman dimana aku dibesarkan diPerak Teluk Intan.amboi kali ni balik dengan rombongan 3 buah kereta,so meriah sangat dikampung,biasalah kampung time raya mcm ni lah riuh kedengaran kan..jarang jarang balik..bila dah balik hahh amik ko riuhnyer.sampai nak tidur pun berhimpit himpit..tu yang seronoknyer...lagi best kali ni balik mak cik aku yang dari Perlis pun balik jugak,,terasa kemeriahan itu ,


gambar diambil semasa dikampung bersama sepupu belah abah


gambar bersama anak anak saudara


                                    gambar diambil semasa tengah ceduk kuah sup..
                                                           gambar  bersama sepupu lelaki.

banyak lagi yang nak upload gambar nie dan carita...nanti kita sambung lagi bahagian kedua yer....


PERGORABANAN IBU..


Ini adalah kisah benar pengorbanan seorang ibu semasa Gempa Bumi di China.
Selepas gempa bumi reda, apabila penyelamat tiba di runtuhan rumah seorang wanita muda, mereka melihat mayat beliau melalui celah runtuhan dan timbunan tanah. Tetapi entah bagaimana ia kelihatan agak aneh seperti melutut pada seseorang dan menyembah ke hadapan, dan dua tangannya menyokong sesuatu objek. Rumah runtuh itu telah menghempas belakang dan kepalanya.

Dengan usaha yang sukar, ketua pasukan penyelamat meletakkan tangannya melalui celahan yang kecil di dinding untuk mencapai badan wanita tersebut. Dia berharap bahawa wanita ini mungkin masih hidup. Walau bagaimanapun, badannya yang sejuk dan kaku membuktikan bahawa wanita itu telah meninggal dunia.
Dia dan seluruh pasukan meninggalkan rumah itu dan mencari mangsa pada bangunan runtuh yang seterusnya. Tanpa sebarang alasan, ketua pasukan ini didorong oleh satu kuasa yang kuat menariknya untuk kembali ke rumah wanita yang runtuh itu. Sekali lagi, dia melutut dan melalui celahan runtuhan yang sempit untuk meninjau keadaan mayat itu. Tiba-tiba, dia menjerit kegirangan, "Seorang kanak-kanak! Ada kanak-kanak! "
Seluruh pasukan bekerja bersama-sama dengan berhati-hati mereka memindahkan objek runtuhan yang menghempas wanita itu hingga mati. Terdapat seorang kanak-kanak lelaki berusia 3 bulan yang dibalut dengan selimut berbunga di bawah mayat ibunya. Jelas sekali, wanita itu telah berkorban hingga ke akhir hayatnya untuk menyelamatkan anaknya. Apabila rumahnya runtuh, dia menggunakan tubuhnya untuk melindungi anaknya. Budak lelaki itu masih tidur dengan nyenyak semasa ketua pasukan penyelamat itu menemuinya.
Doktor bergegas datang untuk memeriksa anak kecil tersebut. Selepas beliau membuka selimut, terdapat telefon bimbit di dalam selimut itu. Tertera teks mesej pada skrin telefon bimbit itu, "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." mesej ini telah dihantar dari satu tangan ke tangan yang lain. Setiap individu yang membaca mesej pasti menangis. "Jika kamu boleh hidup, kamu harus ingat bahawa ibu sayang kamu." Begitulah kasih sayang seorang ibu pada anaknya!!

Sedikit renungan untuk anda..


19 September 2011

Aper ekk !!!

Assalamualaikum,
halooooooo,
kembali  lagi ,tapi kali ni tak der cerita nak upload,malas ler plak
aper macam korang semua raya tahun nie,meriah ker,aku kali ni biasa jer,paling meriah anak anak ler,sebenarnya aku ni dalam keadaan mood bulan raya ni macam xde idea nak tulis apa...nak cerca2 kang pahala bertambah...nak buat entry masak2 kang orang kata aku ni hotmama lak...run nak filing2 chantek dalam blok macam jalil kang ,terlebih suda ,nak cerita pasal baju raya...soooooo mak mak sgt...nak cerita pasal laki kang ader orang menyampah..korang ader idea tak nak tulis per, matilah tanya orang nak tulis apa...so tunggu nanti aper yang nak di uploadkan..
byeeee...