30 December 2011


Assalamualaikum.
hai kembali balik setelah lama untuk tidak mengupdit blog...kali ni banyak nak kongsi dan paparkan ..
cekidautttt...

 JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR BAHAGIAN 1



















12 December 2011

SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012.


Assalamualaikum.

Mesti korang tak sabar2 kan nak tahu berapa gaji untuk tahun depan.Mengikut apa yang aku search dan baca gred SSM da ditukar dengan yang baru.Contohnya N1-17 kepada N5-1/N4-1..susah jugak nak ingat macam tu..

Kat bawah ni ada sedikit tangga gaji.Walaupun kurang lengkap tapi bolehla nak refer sikit2kan..Nak tahu lebih jelas kenalah tunggu minggu depan sebab minggu ni aku baru nak pergi dengar taklimat.

SKIM GRED N :

gred dan tangga gaji baru utk gred N Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80 Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95 Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115 Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145 Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

CEKIDAUTTTT..

1 December 2011

OMBAK RINDU DATANGGGG



Assalamualaikum...
hai semua...nak tahu dah lama sangat aku tunggu untuk Ombak Rindu ni kuar..tunggu punya tunggu akhirya kuar gak cerita ni...aper lagi layannnnnnnnnnnnnnnnnn...
Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba kami teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu.

Kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures.

SEDIKIT SINOPSIS TENGTANG OMBAK RINDUU
Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz.

Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya.

 Maya Karin mengatakan
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
CEKIDAUTTTTTTTTTTTTTTTTT

29 November 2011

BERKELAH DISUNGAI CONGKAK

Assalamualaikum..
hai bertemu lagi..Pada cuti hari Isnin yang lepas plan pergi berkelah diSungai Congkat with family,kami sampai pagi lagi dalam kul 8.00..awal bebenor kan..biasalah nak rebut tempat..selalu nyer klu musim sekolah time ni memang penuh..so kira datang dapat tempat ler..memang seronok ler,terlebih budak budak ,,tak ingat nak naik....so ader gambor skit untuk memori swett kali ni...layannnnnnnnn



pondok yang kami duduk..cantikkk


kakak ipar yang tengah buat sandwich...tekun yonggg



anak2 aku dan anak2 buah tengah sedia nak mandi..tak sabor2 deme ni ..

rajin nyer si ayah mengawasi anak-anak nyer

aperlah yang diorang ni nak buat...mandi jer ler!!

alahai si aireil yang ketakutan nak main air...dah jauh ketinggalan ...

tengok lahh nak mandi pun pegang tangan siayah nyer...

abang aku dan kakak ipar,tengah preapre sandwinch nyer

tengah berbincang untuk mengadakan aktiviti nanti


posing untuk nak balik ..ni time selepas reda hujan..


airiel yang kepenatan..tak bleh rengang ngan ayah

cousin aku yang hampir kepenatan ,,akibat penat nyer melayan anak dia

26 November 2011

Segalanyer Mungkin perlukan Duit

  Assalamualaikum hai semua..i want to tell u about everything  need  moneyy moneyyyyy..
Yup,everything needs money.But money isn't everything.right? Ke salah jugak?Lantak lah.Aku cuma nak cerita pasal duit.Betapa duit ini diperlukan,beli buku,belanja anak sekolah..bayar tusyen..bayar kereta,barang2 and even pergi toilet sekalipun.Yaa.Aku percaya duit penting sekarang.Sebab tu bank berlambak2 buat pinjaman kan?Nilai duit dah jatuh,barang dah makin mahal.is it inflasi?i dont know.



aku terkejut bila, kita mati semua perlukan duit,dan kita xada duit.Aku tergamam kejap bila ada orang cakap nak meminjam duit sebab someone in their family dead,ader lagi yang cakap untuk bua kenduri khawin anak,buat renovation rumah dan mcm mcm lagi ...Hmmm.ade juga yang aku dengar oarang yang ader duit tapi cakap tak der duit..mati mati cakap tak der duit..padahal,gaji dan sumber pendapat yang lain pun dapat..klu kita banyak sangatler duit bila mati nanti pun duit tak kan bleh bawak kan..yang habis nyer ke anak anak simati juga..berebut rebut nakkan duit.ader jugak yang aku tahu orang tu sanggup jual harta peninggalan keluarga mereka untuk dapat kan duit..so nak ckp mcm mana kategori orang tu!!! tak perlah aku bersangka baik .mungkin nak guna dan simpan untuk perbelanjaan sendiri dan juga mungkin nak simpan banyak2 nak pergi haji ..lagi best yang aku dengar sampai ada orang cakap nak pinjam duit untuk simpan jer..dan tak yah guna duit sendiri..nak guna duit orang jer..itu klu nak ikutkan dalm kategori haji bahkhil kan..so penting nyer duit ..moneyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyyy come to me


Muhasabah diri jap,miskin kat dunia,miskin pulak kat akhirat.mintak dijauhkan dari hidup aku dan semua umat islam yang lain dan juga keluarga aku sendiri.



Aku ingat orang cina je perlukan duit banyak untuk mati,x sangka kita pun begitu juga.Tapi kalau betullah,duit tu untuk buat apa je?bukan ke kain kafan paling murah yang kita beli untuk salut tubuh mati kita nanti?tanah kubur bukan wakaf?kenduri?pasal kenduri ni mungkin ada dalil2 lain,sebab aku pernah dengar tak elok makan kat rumah orang yang meninggal ni sebab takut termakan duit anak yatim,tapi aku penah dengar jugak,harus makan kalu dah dihidang.Wallahuallam.yang penting,duit kena sentiasa sedia,bukan kahwin je nak pakai duit,mati pun nak pakai duit.Kalau mati dalam tengah banyak hutang macam mana?hmm..Semoga Allah merahmati kita semua.

25 November 2011

Best nyer....


Assalamualaikum...hai kembali  lagi..kali menampilkan koleksi gambor  kami sekeluarga berkelah dirumah sambil makan steamboat yang dibuat sendiri..so kira jadilah aper yang dirancang kan..ader ler satu hari tu kami sekeluarga makan steamboat diluar..rasa mcm tak puas jer..tetiba my husband suh buat dirumah..so try ler..menjadi gak..rasa lebih sedap dikedai..bahan -bahan kami cari di TESCO sajer..mudah..sayuran pun segar..tak perlu banyak..cer tengok gambar yang dipaparkan ..ringkas tapi sedap sampai menjilat jari wa cakap lu..hihihiikkk..so klu sapa nak cuba leh ler cuba..buat yang ringkas jer..janji jadi kan..so cekidautttt....




 

21 November 2011

DAH MULA DAH CUTI SEKOLAH

Cuti akhir tahun sudah bermula…. Zaman saya jadi budak sekolah dulu, bila tiba cuti sekolah jer …rasa macam merdeka.. Mulalah buat rancangan macam-macam dengan kawan-kawan mana parit nak gie berkubang , mana sungai nak pergi pancing dan macam-macam benda lagi kami nak buat. Kenangan zaman sekolah menjadi memori ..
Kadang-kadang kalau dah jumpa kawan-kawan, sampai lupa nak balik makan tengahati kat rumah. Keluor pagi, petang baru balik. Round satu kampong. Sekarang …ni aku tengok anak-anak kita bila cuti sekolah, dah tak kreatif macam dulu. Sebelum cuti dah rancang dengan mak ayah kita nak pergi bercuti mana, .kadang diorang Tanya nak pergi mana ..balik kampong ker atau makan angin ..Kalau tak pun diorang dok rumah mengadap tv, komputer sambil melayan internet atau melayan telefon bimbit. Bila dah bosan duduk di rumah, dan macam-macam lagi benda diorang buat Itulah beza dulu dengan sekarang Seronok juga terkenang masa dulu,time aku dulu mana der computer dan internet..aku pun dulu duduk ngan makcik dan nenerk dikampung..time cuti panjang mcm ni la bapak aku balik tengok aku..dan seterusnyer belikan baju dan peralatan sekolah .nak kata nak bawak makan angin tak der ler..aku mingkin time tu tak mengharap aper aper kan..mana tahu budak budak lagi ..cuti yang panjang Cuma dikampung jer ..ketinggalan aku time tu ..
Sekarang ni dah ader anak pun yang bersekolah ..bukan anak yang rancang..aku plak yang sibuk sibuk ..tapi cuti sekolah yang panjang lebor ni menyusahkan aku..sebapnyer ..aku kena fikirkan kat mana nak letak anak aku sorang nie..dulu masa opah dia ader memang letak kat opah jer..sekarang ni opah dah tak der kena hendle sendiri…nak bawak opis kang org akan bercakap...mana ler tahu hati orang sapa leh baca kan..klu bawak oopis duduk diam jer tak per..ni buas betull…sekrang ni aku letak sifathin nie di umah kakak ipar aku ..harap haarp dapat bertahan ler dia tu bila berjauhan dengan adik nyer…so cuti sekolah  bagi tahun lepas aku dan anak gie ker Genting Hingland..berseri seri muka anak aku klu sebut jer tempat gitu …dah terpikir dah nak main main ..hahah ni satu hal pergi tempat yang banyak mainan..tumpoh aku dengan anak anak aku ..tempat gitu kena banyak bawak duit,,dioarang ni minta jer ..makan lagi ler..mahal bebenor..tapi tak per..demi anak kan..layanler ….cuti sekolah pada thun ni adalah dalam perangcangan ..samaada nak gie langkawi atau ke Cameron Higlang lagi..

So tunggu cerita selanjutnya …cekidautttttttttttttt

Coretan

Hai assalamualaikum semua...
kembali lgi aku untuk bersama mencoret kata kata indah..wah gitu kata ko... dalam ruangan blog kali ni..wah rindu bangat aku..(cakap org indon ler plak)dah lama aku tak menulis..tapi dalam diam diam ader banyak yang nak ceritakan..tapi still ader kejer dulu nak dibuat..so hari raya haji pun dah lepas..banyak program telah dijalankan..so time untuk kongsi cerita dengan aku..yehaaaaa...

sejak kebelangkangan ini banyak kejer perlu disiapkan supaya organisasi aku berjalan dengan baik..bak kata aku ni kan pengerak bahagian..tak ader aku punah bahagian..(cehh wahhh perasan la ko)maybe akhir tahun  kan,,ader yang kejer tertungak kena siapkan..ader bayaran yang terunggak kena jelaskan..ader dosa yang tertungak kena balaskan...hahha..(heheheh aper aku nie.mengarut)lepas raya haritu mula jer ader traning koir dengan koir ner ler..aper lagi..aku dan geng buat persembhan yang mana kitaorang kan menang hari tu so kena persembahkan pada KSU untuk hari inovasi..alahh diorang nie nak tengok bertapa hebat nyer semerah padi yang diwar warkan .(.hebat ker) nak tak nak kena ler buat atas kehendak pengajur yang mana tempat nombor kedua kena persembahkan pada Hari Inovasi ..trengg trenggggg..kami laksankan ..tapi tak cukup ahli ader yang gie outstation..so buat ler aper yang ader ....

berikutnyer..ni lagi satu ..kelam kabut aku dibuatnyer..gara gara penangan MTN..so sedikit pengenalan tenttang MTN..maskud nyer aderler  MAJLIS TANAH NEGARA..kan aku dah cakap aku ni pengerak nadi dibahagian tak der aku punah bahagian..hehehhe...(sudah ler ida)ye la kan sapa nak puji diri sendiri..tak bukan aku nie..dalam kesibukan anak anak aku yang demam dan batuk mcm mcm lagi la...kedatangan hebat melanda pasal copy paper ke dalam fail..untuk dibagi ke MENTERI..hebat statment aku ..main main menteri jer yer...copy sini ..copy sana...mahu minta dipotostat kan sepuluh dokumen ..mak oii..satu dokemun tinggi nyer 6 inci...bagi tengahri ..dan kena siapkan by petang ...meeting hebat tu keesokkanyer..hah tumpoh aku bak kata org perak ler..tapi dengan semangat yang tekad dan juang bersama rakan rakan sekerja akhir siap jugak pesanan yang diminta..lega beb...banyak tu sepeluh copy....tq pada kawan2 teruetama ana..nora..ada..yang banyak bantu time tu..syukur........huhuhu
cekidauttttttttttttt..

6 November 2011

Bermonolog di Hari ini ...

Assalamualaikum...hai semua...
Selamat hari raya Aidiladha ucapkan kepada semua rakan-rakan..Seperti tahun2 yang lalu sambutan hari raya Aidiladha bagi aku dan kuarga hanya besederhana saja..so aku menyediakan menu untuk pagi tadi..selalu bagi aku kuaga meminati juadah ayam masak merah madu,rendang udang perak,dan nasi minyak..tiap kali meraya kan kedua dua raya ini pasti juadah tidak ketinggalan,..menjadi satu tradisi kuarga aku..selapas makan pagi bersama juadah yang dihidang,aku pun tak kemana ,cuba pergi ke rumah abah jer,,pagi esok ader tugasan yang nak dijalankan..makcik sebelah kurga suami ader buat korban esok..so kena ler bantu..kang dapat skit daging boleh buat gulai...aku bermonolog ler ..tak tahu nak buat apa..anak anak sibuk bermain..hari pun hujan jer...so raya kali ni di rumah jer.....rasa mengantukkk ler plak..nanti kita cerita lagiii............cekidauttttttttttttttttttt..





3 November 2011

HARI RAYA AIDILADHA



Assalamualaikum.. hai semua..
mennyucapkan selamat Menyambut Hari Raya Aidiladha kepada semua para muslimin danmuslimat
sedikit renungan untuk anda semua,sebagai menhayati erti Hari Raya Aidiladha..

Asal-Usul Aidiladha

Pada suatu hari Nabi Ibrahim bermimpi, dalam mimpinya itu Allah menyuruh Nabi Ibrahim menyembelih anaknya yang bernama Ismail. Selepas dari mendapat mimpi itu, Nabi Ibrahim pun memberitahu isterinya yang bernama Siti Hajar.

Maka berbincanglah Nabi Ibrahim, Siti Hajar dan Ismail. Siti Hajar berkata, “Mungkin mimpimu itu hanya mainan tidur saja tetapi kalau mimpi itu merupakan wahyu, wajiblah dituruti.” Apabila mendengar kata2 ibunya, Ismail berkata kepada bapanya, “Ayahku, sekiranya ini merupakan wahyu dari   AllaS.W.T

aku sedia merelakan diriku   untuk  disembelih.”
Setelah persetujuan dicapai, keesokan harinya Nabi Ibrahim pun membawa puteranya Ismail untuk disembelih. Perkara Nabi Ibrahim hendak menyembelih anaknya telah sampai kepada pengetahuan orang ramai. Hal ini membuat orang ramai takut sehingga ada yang mengatakan, “Nampaknya Nabi Ibrahim mungkin sudah gila hinggakan mahu menyembelih anaknya sendiri. Kalau kita biarkan perkara ini, nanti kitapun akan dibunuhnya.”

Walau apapun tuduhan orang terhadapnya, namun Nabi Ibrahim tetap menjalankan tugas yang diperintahkan oleh Allah S.W.T terhadapnya. Setelah Nabi Ibrahim dan anaknya Ismail sampai pada tempat yang dituju, berkatalah anaknya, “Wahai ayahku, aku fikir cara yang baik untuk menyembelih adalah dengan cara aku disembelih dalam keadaan menelungkup tapi mata ayah hendaklah ditutup. Kemudian ayah hendaklah tahu arah pedang yang tajam dan ayah kenakan tepat kepada leherku.”

Kemudian Nabi Ibrahim pun melaksanakan perintah yang Allah S.W.T perintahkan dalam mimpinya. Baginda pun mengucapkan kalimah atas nama Allah lalu memancungkan pedangnya pada leher anaknya itu. Maka terperciklah darah mengenai badan Nabi Ibrahim. Sebagai seorang manusia biasa, Nabi Ibrahim pun menggeletar dan membuka penutup matanya.
Tetapi alangkah terperanjatlah apabila melihat yang disembelihnya itu bukanlah anaknya melainkan seekor kibas. Dengan memuji kebesaran Allah S.W.T, kedua-duanya pun berpeluk-peluk sambil bersyukur kepada Tuhan kerana memberi kekuatan sehingga dapat melaksanakan amanat dari Allah S.W.T
Peristiwa ini ada diterangkan dalan surah Ash-Shaffat ayat 101 hingga ayat 111



Pengenalan
Hari Raya Aidiladha (bahasa Arab: ??? ?????? 'Eid Ul-Adha) atau Hari Raya Haji merupakan perayaan yang dirayakan di seluruh dunia. Ia adalah perayaan terbesar di dalam Islam selain Aidilfitri yang disambut pada setiap 1 Syawal. Aidiladha disambut pada hari ke sepuluh, sebelas, dua belas dan tiga belas bulan Zulhijjah setiap tahun. Bermula dengan Takbir Aidiladha pada malam 10 Zulhijjah, diikuti dengan solat sunat Aidiladha serta khutbah Aidiladha di pagi 10 Zulhijjah, sambutan diikuti dengan ibadah korban yang boleh dilakukan samada pada 10 atau 11 atau 12 atau siang 13 Zulhijjah.
Aidiladha adalah perayaan yang istimewa kerana ia merupakan hari untuk umat Islam memperingati kisah pengorbanan Nabi Ibrahim dalam menunaikan perintah Allah dan ke-sabaran anaknya Nabi Ismail dalam memenuhi perintah Allah s.w.t.

Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.

Dari segi bahasa, korban bermaksud dekat, manakala dari segi istilah ia bermaksud menjalankan perintah agama atau taat kepada perintah Allah kerana ingin mendekatkan diri kepada-Nya.
Hari Raya Korban jatuh pada hari kesepuluh pada bulan Zulhijjah, bulan terakhir pada kalender Hijrah Islam. 10 Zulhijjah merupakan tarikh penting dalam sejarah Islam di mana Nabi Adam dan isterinya Hawa dikeluarkan dari syurga dan diturunkan ke bumi sebelum berjumpa di padang Arafah, di luar bandar Mekah.
Pada hari raya, orang Islam disunatkan mengenakan pakaian yang paling cantik, paling bersih, dan juga mengenakan wangi-wangian. Pada pagi hari raya korban, umat Islam akan mengerjakan sembahyang sunat Hari Raya sebanyak 2 rakaat akan diadakan pada sebelah pagi, biasanya agak awal sedikit Hari Raya Aidil Fitri.
Selain itu, salah satu keistimewaan Aidiladha dan Hari Tasyrik ialah ibadat korban. Ibadat korban ini hanya boleh dilakukan dalam empat hari iaitu bermula waktu selepas khatib menyampaikan khutbah Aidiladha sehingga sebelum tenggelam matahari pada hari ke-13 Zulhijah.
Selepas bersembahyang, upacara korban akan dimulakan. Lembu, kambing, dan biri-biri yang dikorbankan akan disembelih secara beramai-ramai di kawasan masjid sebelum dibahagi-bahagikan kepada orang ramai terutamanya kepada golongan fakir miskin.
Hari Raya Aidiladha disambut ketika umat Islam membuat penziarahan ke Mekah, mengunjung Kaabah dan melakukan korban sembelihan. Al-Quran tidak menyatakan, tetapi umat Islam memegang bahawa perayaan korban ini memperingati kesanggupan Nabi Ibrahim untuk menyerahkan anaknya sebagai korban kepada Tuhan.
Selepas sembahyang, sekali lagi umat Islam akan berbondong-bondong melawati perkuburan orang yang disayangi. Semua orang akan memakai pakaian baru dan selepas itu yang muda akan memohon kemaafan daripada yang tua. Selepas itu semua orang akan menjamah pelbagai juadah yang disediakan sebelum ziarah dan menziarahi sesama mereka.

Hari Raya Aidiladha Dalam Hadis
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) yang diriwayatkan oleh Abu Daud daripada Anas r.a, yang bermaksud: "Rasulullah SAW datang ke Madinah, sedangkan mereka sedang sibuk bergembira selama dua hari. Maka Rasulullah SAW bertanya: Hari apakah yang dua hari ini? Mereka menjawab: Kami biasa bergembira selama dua hari pada zaman Jahiliah: Kemudian Rasulullah bersabda: "Sesungguhnya Allah SWT telah menggantikannya dengan hari yang lebih baik daripada dua hari itu bagi kamu iaitu Aidilfitri dan Aidiladha." (Diriwayatkan Imam Abu Daud dan an-Nasai daripada Anas)
Berdasarkan kepada hadis (terjemahan) “Tiada amal anak Adam yang lebih disukai Allah pada hari Aidiladha melainkan ibadat korban. Sesungguhnya binatang yang dikorbankan itu akan datang pada hari kiamat lengkap dengan tanduk, bulu dan kukunya. Sesungguhnya ibadat korban ini diredhai Allah sebelum darah binatang itu jatuh ke bumi. Maka hendaklah kamu berasa lapang dada dan reda akan ibadat korban yang kamu lakukan.” (Hadis riwayat At-Tirmizi)
Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) yang telah diriwayatkan oleh Imam Tirmizi dan Al-Hakim yang bermaksud: "Tiada dibuat oleh anak Adam pada Hari Raya Adha akan sesuatu amal yang lebih disukai Allah daripada menumpahkan darah (menyembelih korban). Bahawa korban itu datang pada hari kiamat dengan tanduk-tanduknya, bulu-bulunya dan kuku-kukunya. Sesungguhnya darah korban itu mengambil tempat yang mulia di sisi Allah sebelum darah itu tumpah ke bumi, maka hendaklah kamu buat korban itu dengan hati yang bersih."

Berdasarkan sebuah hadis (terjemahan) Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a:

Diriwayatkan daripada Ibnu Juraij katanya: Aku telah diberitahu oleh Ata' daripada Ibnu Abbas dan Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a kedua-duanya berkata: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri) dan sembahyang Hari Raya Korban (Aidiladha). Selepas beberapa ketika aku bertanya Ata' tentang perkara tersebut: Lantas dia menjawab dengan berkata: Aku telah diberitahu oleh Jabir bin Abdullah Al-Ansariy r.a bahawa: Tidak ada azan bagi sembahyang Hari Raya Fitrah (Aidilfitri), baik ketika imam keluar atau sesudahnya. Juga tiada iqamat atau apa-apa pun.


1 November 2011

MAKANAN FEVERET KAKAK DAN ADIK

Assalamualaikum..hai semua..

Konon nyer dah tak tahu dah nak masak aper ..sebapnyer aku selalu masak.dah tak der idea dah..kuarga aku jenis yang suka makan..baik kakak dan adik dan husband..memang suka makan..so tempat yang paling selalu sangat ler kunjungi,kat NODDLE STATION..dah lama gak ler tak kesitu..so planing terus terjah jer,,so enjoy dengan makanan semalam...so anak anak aku pun suka...layannnnnnnnnnn















sekian

31 October 2011

KOIR INOVASI..Datang lagi..

Ini adalah tahun yang kedua aku join pertandingan Koir NRE..Ada juga buat persembhan pada Perhimpunan yang dijalankan oleh NRE.singkatan NRE adalah (KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR.)dimana tempat aku berkojer..Setelah lama meninggalkan bidang ini..aku kembali bersama mereka ..Tugas seharian diofis menyukarkan aku untuk menceburi bidang ini pada masa lalu..untuk menjayakan dan untuk menjadikan yang terbaik..kami berlatih pagi dan malam ..malah hari minggu pun kami datang untuk latihan ..Menjadikan bentuk persembhan dan pegayaan yang menarik ..banyak idea yang diberikan oleh geng geng Koir..lihatlah kami..berjaya mendapat tempat ke 2..TAHNIAH GENG KOIR ANDALAH YANG TERBAIK...












MEMORI TELUK DALAM BEACH RESORT

Assalamualaikum...hai semua..

Minggu lepas aku gie Teluk dalam Beach Resort..berkursus la..best sangat..kali ni kursus ni mencabar minda dan fizikal..tapi,tahun depan nak sugest buat kursus mcm ni lagi la...ader gambar yang menarik sebagai memorie..tengok ler yer...


Geng geng NRE

Disebelah aku tu El.dia ni suka bebenor bergambor...


Gambar diambil sebelum aktivti dilakukan..time ni lepas sarapan pagi


sesi mendengar taklimat dari Penyelia


satu hal nak sampai tempat ni..semput gak..


hhaha..ni aku ni..best ler..tapi sekejap jer sampai..aku nak lama skit..

selepas tu naik tali ni plak..leceh lah..satu hal lagi nak panjat..sebelum naik tali tu ..
kena panjat tangga gantung dulu kat tepi pokok tu..nak tahu macm mana..
semput aku beb naik anak tangga tu....dan menyeberang ler sehingga habis...
seronok mmg seronok..


ni aper hal ni ko tutup ..cover le tu..si gadis ni adalah kitaorang
 punya penyelia Kursus ni..EO kitaorang..lawakan..


sempat lagi nak bergambar..ni diarong ni tengah tunggu turn
 nak panjat dan nak terbang la kata kan...

Memang indah memori kali ni bersama geng NRE..
walaupun cuma beberapa hari tapi memang seronok.
.pengelaman yang tak dapat dilupakan..
semuanyer sporting giler..malah aku jer sorang pompuan dalam group ni..
hahha bunga katakan..so kira ni jer yang dapat menjadikan memori bersama mereka..jumpa lagi di lain masa..

sekian...