25 August 2011

PENCARIAN MALAM LAILATUL-QADAR





Malam Lailatul-Qadar sunat dicari, kerana malam ini merupakan suatu malam yang diberkati serta mempunyai kelebihan dan diperkenankan doa oleh Allah S.W.T. Malam Lailatul-Qadar adalah sebaik-baik malam mengatasi semua malam termasuk malam Jumaat. Allah S.W.T. berfirman dalam Surah Al-Qadr 97: Ayat 3.

Maksudnya: " Malam Lailatul - Qadar lebih baik daripada seribu malam "

Ertinya menghidupkan malam Lailatul-Qadardengan mengerjakan ibadah adalah lebih baik daripada beribadah pada seribu bulan yang tidak ada Lailatul-Qadar seperti sabda Nabi s.a.w.:
Maksudnya: " Sesiapa menghidupkan malam Lailatul-Qadar kerana beriman serta
mencari pahala yang dijanjikan akan mendapat pengampunan daripada
dosa-dosa yang telah lalu "

Diriwayatkan daripada Saiyidatina Aisyah r.a bahawa Rasulullah s.a.w. apabila tiba 10 hari terakhir bulan ramadhan, Baginda menghidupkan malam-malamnya dengan membangunkan isi rumah dan menjauhi daripada isteri-isterinya. Imam Ahmad dan Muslim meriwayatkan:
Maksudnya: " Rasulullah s.a.w. berusaha sedaya upaya dalam malam-malam sepuluh
akhir Ramadhan melebihi usahanya daripada malam-malam lain. "

Malam Lailatul-Qadar berlaku pada 10 akhir daripada malam ganjil bulan Ramadhan. Rasulullah s.a.w. bersabda:
Maksudnya: " Carilah malam Lailatul-Qadar pada sepuluh akhir bulan Ramadhan
dalam malam ganjil. "

Pendapat yang terkuat mengikut para ulama' bahawa malam Lailatul Qadar terkena pada malam 27 Ramadhan. Menurut Abu Ka'ab katanya, "Demi Allah sesungguhnya ibn Mas'ud telah meyakinkan bahawa malam Lailatul-Qadar jatuh dalam bulan Ramadhan manakala Lailatul-Qadar pula terjatuh pada malam 27, akan tetapi dia enggan memberitahu kepada kami (malam yang tepat) kerana bimbangkan kamu tidak lagi berusaha mencarinya." Daripada Riwayat Mu'awiyah:

Maksudnya: " Bahawa Nabi Muhammad s.a.w telah bersabda dalam malam lailatul-qadar
iaitu malam ke-27. "
Riwayat ini disokong oleh pendapat Ibn Abbas yang mengatakan bahawa surah Al-Qadr mempunyai 30 perkataan. Perkataan yang ke-27 bagi surah itu terjatuh kepada dhamir(hia) yang kembalinya kepada Lailatul-Qadar.

Imam Ahmad telah meriwayatkan sebuah Hadith daripada Ibn Umar r.a yang berbunyi:
Maksudnya: " Sesiapa yang mencari Lailatul-Qadar , dia hendaklah mencarinya pada malam
yang ke-27, carilah kamu malam Lailatul-Qadar pada malam yang ke-27. "

Aisyah r.a. bertanya kepada Rasulullah, katanya, "Ya Rasulullah s.a.w. andainya aku mendapati
malam Lailatul-Qadar, apakah doa yang patut aku bacakan? Rasulullah s.a.w. berdoa dengan doa:

Maksudnya: " Ya Allah! Sesungguhnya Engkau Maha Pengampun, oleh itu berilah
keampunan-Mu untukku

12 August 2011

KENANGAN LAGU RAYA

Breppppppppppppp
Assalamualaikum kepada anda semua yang masih lagi turut  mengikuti blog saya,harap
semua nyer baik baik ajer..hah kali ni pasal lagu raya mesti ader lagu raya yang
menjadi kegemaran pembaca semua..terutama bila dah nak dekat raya…Lagi 2 minggu
nak raya ni...lagi seminggu orang da start balik kampung dan lagi seminggu juga radio
akan tak henti2 putar lagu raya,lagu raya ni memang mempunyai aura nya yg tersendiri,ada
antara kita yg lebih gemarkan lagu2 raya yg  lama2 seperti Dendang Perantau dendangan
Allahyarham Tan Sri P.Ramlee dan Hari Raya dendangan Fazidah ..Joned,ada juga
antara kita yg gemarkan lagu2 raya retro seperti Balik Kampung dendangan
Allahyarham Sudirman Haji Arshad mungkin juga segelintir yg sukakan lagu2 raya
90an cthnya seperti Halaman Asmara dendangan Ziana Zain dan Awie…………….

Walau apapun pilihan lagu raya anda kita tidak boleh  menafikan yg lagu2 raya ni sedikit
sebanyak membangkitkan suasana meriah hari raya kita selama ini,..cuba anda bayangkan
kalau anda balik kampung untuk beraya tanpa mendengar lagu2 raya

8 August 2011

KENANGAN BERPUASA WAKTU DULU DULU






Ketika ini,kanak -kanak sedang sibuk termenung memikirkan apakah juadah berbuka yang disediakan oleh ibunya,dan ketika ini juga  ibu bapa sedang bertungkus lumus menyiapkan kerja supaya dapat pulang kerumah melayan karenah anak anak untuk berbuka.serkarang nie  otak berserabut  memikirkan persiapan raya yang bakal kunjung nanti,dek pasangan kekasih sekrang ini sibuk merancang dimana hendak berbuka,dan pukul berapa hendak bertemu makan bersama-sama.Aku sedang ini,merisaukan berapa senangnya berpuasa menjaga makan serta minum,akan tetapi amat payah juga untuk ku memikirkan puasa dengan begitu sempurna,maklumlah orang perempuan ader hari tak leh puasa,,tapi jarang bagi aku untuk dapat berpuasa penuh,klu masa kanak kanak dulu klu tak larat jer tak yah puasa, itu kata opah aku..suka bebenor ler aku.
Teringat masa dulu bersama chu dan juga opah(ketika itu aku dijaga oleh opah)bersahur dengan lauk berbuka semalam, lagi best nasi panas bersama telur masin,(telur  masin pada masa tu adalah makanan peveret aku)tiap –tiap hari telur masin,sampai opah aku buatkan telur masin yang rendam dalam balang bersama ngan garam,(ia akan jadi telur masin klu diperam) .mana kuah tak tumpah ke nasi,anak aku yang si kakak pun turut ikut jejak langkah aku suka bebenor telur masin kata ko….bab air plak biar .air satu jaga aku yang punya tak leh kongsi.lucu kan…..waktu bersekolah dikampung ,aku memang aktif walau bulan posa ,berlari lari main kejar kejar penat bagai nak gila,tapi kami ader ubat yang paling mujarab,klu penat terus terjun sungai,hah lega skit badan,,mcm kat kampong aku ader air pasang tau,nak ikutkan klu dalam sebulan tu mesti ader air pasang,,jangan cakap ler naik air nyer hingga paras peha.aku suka time tu ,klu puasa asyik berendam jer,kadang opah aku dan  makcik marah gak ngan perangai aku ,nak dikatakan mcm jantan pun ader,,malumlah aku akan buat aper yang aku suka,cucu kesayangan  kata ko……
Kenangan lucu waktu berpuasa sukar dilupakan ,ader pernah suatu hari aku curi curi makan mee goreng yang dimasak oleh makcik,,bau menyelerakan,tergugat iman ku pada masa tu,aku diam diam didapur untuk mejenguk,mujur tak der orang,aku dah tekad untuk rasa,sebap dah tak tahan nie,padahal lagi ½ jam lagi untuk berbuka,biasalah waktu bulan posa syaitan menghatui makluk kesayangan allah ini untuk berbuat dosa,aku ambik guna tangan dan terus masuk dlam mulut,sedap sungguh mak cik aku masak,tiba tiba aku disergah makcik alamak malu ketika itu,punya teperanjat berok kata ko,terkeluar balik mee tadi dalam mulut,sebap terkejut,,lucukan,,kadang aku teringgat kenangan lucu tu,,,malah dibulan puasa ini aku telah menyiapkan juadah berbuka untuk anak anak kesayangan ku dan juga suami,kenangan masa lalu hanya menjadi kenangan yang terindah,,sukar dilupakan…




5 August 2011

Salam Ramadhan

Sedikit Renungan

BULAN RAHMAT, BERAMAL SOLEH DAN BERPUASA
Seperti yang diungkapkan Bediuzzaman Said Nursi kepada kita melalui kalimat yang indah ini, bulan Ramadhan mempunyai kuasa suci bagi perayaan umat Islam. Umat Islam yang bertakwa dan hidupnya sentiasa mencari keredhaan Allah tidak akan mengabaikan kewajipannya untuk berpuasa sepanjang bulan ini dengan penuh semangat dan keghairahan.
Puasa, seperti yang diwajibkan Allah "Hai orang-orang yang beriman, diwajibkan atas kamu berpuasa sebagaimana diwajibkan atas orang-orang sebelum kamu agar kamu bertakwa" (Surah al-Baqarah: 183) dan "...berpuasa lebih baik bagimu jika kamu mengetahui" (Surah al-Baqarah: 184) merupakan tugas yang tidak ternilai faedahnya bagi umat Islam. Kewajipan yang dilaksanakan oleh semua umat Islam akan meningkatkan semangat perpaduan di kalangan mereka yang bertebaran di serata alam. Kenyataan ini berdasarkan dengan aktiviti yang dilakukan bersama-sama ini sekaligus menguatkan kekuatan spiritual. Nabi Muhammad s.a.w. juga memperincikan kepentingan Ramadhan seperti berikut:
"Hai manusia! Telah datang kepada kamu satu bulan yang mulia, bulan rahmat... dimana bulan ini mewajibkan kamu berpuasa di siang hari dan sukarela bersolat pada malamnya. Barangsiapa yang mendekati Allah dengan melakukan segala amalan sunat di bulan ini akan menerima ganjaran seperti melakukan amalan wajib di lain hari. Ini merupakan bulan kesabaran dan kesabaran itu imbuhannya syurga. Ini juga bulan sedekah dan bulan dimana rezeki orang beriman bertambah..." (Diriwayatkan Ibn Khuzaymah).
Berpuasa menjadi peluang keemasan bagi orang beriman yang benar-benar takutkan Allah dan kesempatan dimanfaatkan untuk mendekatkan diri pada-Nya. Melaksanakan perintahnya dengan bersabar menahan lapar sepanjang hari selepas melewatkan sahur dan sebelum menyegerakan berbuka menjadi bukti menuntut keredhaan Allah. Disebabkan itulah, orang Islam yang istiqomah mencari keredhaan Allah akan meraikan bulan ini dengan penuh kesyukuran dan kegembiraan. Sepanjang bulan ini juga umat Islam akan memastikan setiap langkahnya dipenuhi dengan amalan-amalan yang diturunkan Allah selain menunaikan yang diwajibkan.
Tidak kurang juga mereka yang tidak mengamalkan hidup secara Islami di hari lain akan mengubah perilaku dengan berpuasa sepanjang Ramadhan. Ini kerana mereka percaya Allah akan membersihkan dan menyucikan kesalahan mereka dengan menunaikan kewajipan ini. Dengan itu, secara tidak langsung bulan ini bermakna seseorang itu akan mendekati agamanya dan meninggalkan perbuatan buruk yang dilakukannya.
Bulan ini juga sesungguhnya telah menurunkan kadar jenayah dengan peratusan yang tinggi di seluruh negara Islam. Penipuan, pengkhianatan, fitnah dan umpat mengumpat akan ditinggalkan kerana mereka menyedari akan larangan ketika berpuasa. Semangat dan keazaman mereka untuk berfikir dan melakukan perbuatan baik juga meningkat. Dalam erti kata lain, berpuasa seperti memandu mereka untuk berfikir sesuatu yang tidak pernah terlintas langsung di minda mereka. Bagi sesetengah individu pula, bulan ini digunakan untuk berehat sambil melakukan amal yang soleh dan perbuatan mulia.
Selain pelbagai faedah yang diperolehi dari berpuasa, kesabaran juga antara karakter yang boleh dipupuk dan meyakini kesengsaraan itu mendidik untuk memajukan seseorang. Sebab itulah Bediuzzaman Said Nursi mengatakan: "puasa itu merupakan penawar bagi mereka yang kurang kesabaran dan kurang ketahanan walaupun digabungkan masalah dua orang dalam satu individu". Semua ganjaran yang Allah janjikan akan dikurniakan bagi mereka yang memenuhi kewajipan dengan berpuasa untuk meningkatkan keimanan kepada-Nya. Semua ganjaran ini merupakan balasan di atas ketaatan kepada agama yang dilakukan dengan penuh semangat walaupun orang lain tidak tahu betapa payahnya ketika berhadapan dengan kelaparan ini.Apa yang dijelaskan tidaklah merangkumi semua faedah yang diperolehi dari bulan Ramadhan dan puasa. Ada banyak lagi kebaikan yang tidak kita ketahui atau tidak dihargai tetapi Allah tetap mengurniakannya pada kita di sebalik kewajipan puasa itu.



4 August 2011

Pertama Kali Akhirnya

Brepppppppppp..
Assalamualaikum..
Bulan Ogos detiknyer bermula  aku membuat blog sendiri ,tak der idea setakat nie ,klu ader pekembangan dan cerita cerita yang menarik akan aku paparkan dan kongiskan untuk pembaca semua,ok bye.....                                               

SEKIAN TERIMA KASIH