29 February 2012

SOME LIKE U

Assalamualaikum...hai kembali bersiaran petang ni ..aku skrg ni kat opis..semenjak ni suka sangat dengar lagu ADELLE ni ..dah jatuh cinta ngan lagu ni..korang suka tak lagu ni..


I heard that you’re settled down
That you found a girl and you’re married now,
I heard that your dreams came true,
Guess she gave you things I didn’t give to you,
Old friend, why are you so shy?
Ain’t like you to hold back or hide from the light,
I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over,
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead, yeah,
You know how the time flies,
Only yesterday was the time of our lives,
We were born and raised in a summer haze,
Bound by the surprise of our glory days,
I hate to turn up out of the blue uninvited,
But I couldn’t stay away, I couldn’t fight it,
I had hoped you’d see my face,
And that you’d be reminded that for me it isn’t over,
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Nothing compares,
No worries or cares,
Regrets and mistakes, they’re memories made,
Who would have known how bittersweet this would taste?
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Nevermind, I’ll find someone like you,
I wish nothing but the best for you, too,
Don’t forget me, I beg,
I remember you said,
“Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead,”
Sometimes it lasts in love,
But sometimes it hurts instead.



27 February 2012

CARA MENGATASI ANAK YANG NAKAL..

Tetiba dalam mencari cara cara kemasukan sekolah agama untuk anak..terjumpa satu artikel menarik macm mana mendidik anak yang nakal...bila baca.. rasa diri kita sendiri mencabar untuk mendidik insan yang mulia ini..aku akui sendiri dalam mendidik anak bukan nyer senang..malah zaman cangih sebegini pergaulan dan percakapan sering kali menjadi ikutan para anak anak ..so anak aku pun semakin bertambah usia dan bertambah gak pemikiran..klu bleh aku nak cuba aper yang dikatakan perkara perkara dibawah..


Apa akan kita buat apabila kita pulang ke rumah selepas penat bekerja, anak kita akan terus membuat semak rumah dengan mainan dan peralatan lain yang boleh dianggap sebagai mainan ataupun semasa kita sedang memandu, anak kita mengganggu kita atau apa sahaja perbuatan yang boleh membuatkan kita marah dan terus menengking mereka. Jawapannya mungkin kita akan marah dan tengking anak kita. Jika kita kata “JANGAN” mereka lagi akan buat perkara yang sama. Perkataan JANGAN ini seperti tidak “makan” pada diri mereka. Contoh : Jangan main gunting nanti luka jari!, Jangan lompat nanti jatuh!
Saya amat menyokong fakta yang mengatakan sifat anak-anak pada usia bawah 6 tahun sangat-sangat dipengaruhi oleh apa yang dilihat dan didengar pada setiap hari. Ini kerana, apa sahaja yang dilihat dan didengar setiap hari ia seperti suatu pembelajaran bagi anak tersebut dan ia tersemat ke otak. Contohnya : Mereka suka menyebut perkataan “bodoh” tapi tidak tahu maknanya. Mereka juga suka meludah atau menjelirkan lidah seperti mengejek kita tapi tidak tahu sebabnya.
Ini bermaksud, seorang anak itu boleh menjadi baik kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Begitu juga sebaliknya, seorang anak itu boleh menjadi nakal kerana dia meniru dan mencontohi, perlakuan dan pertuturan daripada orang-orang yang ‘kurang’ baik yang dijumpainya pada setiap hari.
Oleh itu, satu cara untuk menangani anak-anak yang nakal ialah dengan menjauhkan anak ini daripada individu-individu yang memberikan pengaruh negatif kepada sifatnya. Semakin lama anak nakal ini bersama dengan individu tersebut, maka semakin banyaklah sifat negatif orang itu yang akan diserap ke dalam dirinya.
Mungkin juga fakta yang mengatakan setiap sifat yang terbentuk dalam diri anak-anak pada usia 0-6 tahun akan dibawa seumur hidupnya adalah benar. Fakta ini bukan sahaja kajian daripada Barat. Malah ia turut diakui dalam Islam. Sebab itu, pendidikan yang betul di peringkat umur ini sangat penting dan tidak harus diabaikan sama sekali.
Jadi, apakah tindakan yang harus dilakukan?
Langkah 1: Periksa siapakah orang-orang yang biasanya dijumpai oleh anak-anak ini pada setiap hari
Sekiranya anda menghantarnya ke rumah pengasuh, periksa setiap individu dalam rumah tersebut (pengasuh, ahli keluarga pengasuh dan kanak-kanak lain yang diasuh), adakah terdapat orang-orang yang membawa unsur negatif ini.
Jika ada, seboleh-bolehnya usahakan untuk mencari tempat pengasuhan yang lain kerana perkara ini tidak boleh dibiarkan begitu sahaja. Biar bersusah hari ini untuk mencari pengasuh yang baik, daripada kita menangis di kemudian hari kerana anak tidak mahu menjadi baik.



Langkah 2: Ubah cara pendekatan anda dengan anak-anak ini.
Asasnya, anak-anak banyak sekali mencontohi dan meniru sifat ibubapa. Sekiranya ibubapa telah memberikan sifat negatif (secara sedar atau pun tidak), maka ibubapa tidak ada pilihan lain melainkan membuat sedikit inisiatif untuk BERUBAH.
Apabila kita memarahi anak pada usia ini dengan nada menengking, menjerit, memaki, mengejek, merotan, mencubit, menjentik dan seumpamanya, hati anak yang asalnya lembut akan menjadi semakin keras. Dia akan menunjukkan pelbagai cara pemberontakan kerana kesakitan yang dialami di dalam hati dan secara fizikal. Semakin kerap ibubapa memarahi mereka, maka semakin kuat lah pemberontakan mereka.
Anak-anak pada usia ini tidak “makan” dengan cara seperti ini. Ia mungkin hanya berkesan untuk beberapa ketika sahaja. Tetapi cara ini tidak berkesan untuk mendidik sifat baik yang berpanjangan di dalam diri mereka.
Untuk anak-anak yang nakal, jika mereka melakukan kesalahan, dekati anak, dakap anak, peluk anak, cium anak, sayang anak, dudukkan anak di atas pangkuan, dan berilah nasihat secara HIKMAH. Ceritakan pada mereka apa yang mereka buat tadi adalah salah dan apa yang mereka boleh lakukan untuk membetulkan kesilapan tadi.
Apabila mereka lakukan kebaikan, walaupun tidak sempurna, (contohnya: anak mahu lap air yang tumpah, tetapi cara lap nya menyebabkan air semakin berselerak), ibubapa MESTI tunjukkan penghargaan. Apabila pujian diberikan, pasti anak akan gembira untuk melakukan perkara yang baik lagi di masa akan datang.
Ibubapa bukan sahaja perlu mendekati anak-anak sewaktu mereka melakukan kesalahan sahaja, sebaliknya, carilah peluang untuk membuat pelbagai aktiviti bersama anak-anak. Seperti bermain, membaca, mewarna dan sebagainya. Anak-anak pada usia ini sangat suka apabila ada orang dewasa menyertai aktiviti mereka, kerana mereka mempunyai keinginan yang sangat tinggi untuk belajar apa sahaja perkara baru daripada orang dewasa
Apabila ibubapa rapat dengan anak-anak, maka kerja untuk mendidik akhlak dan sifat yang terpuji di dalam diri anak-anak menjadi lebih mudah. Anak pada usia ini akan taat dan hormat kepada orang yang banyak menunjukkan keprihatinan kepada mereka.
Untuk menghasilkan sifat yang terpuji dalam diri anak-anak, ibubapa perlu sentiasa menunjukkan sifat yang terpuji di hadapan mereka.
Jika mahu anak mematuhi perintah Allah, ibubapa perlu patuhi perintah Allah terlebih dahulu.
Jika mahu anak taat kepada ibubapa, ibu perlu taat pada perintah bapa dahulu.
Jika mahu anak pandai ucap terima kasih, ibu dan bapa perlu selalu ucap terima kasih kepada mereka dan sesiapa sahaja.
Jika mahu anak mengeluarkan kata-kata yang sopan, ibu dan bapa perlu berkata perkataan yang baik sahaja di hadapan mereka atau sesiapa sahaja.
Jika mahu anak-anak meminta maaf selepas melakukan kesalahan, ibu dan bapa perlu selalu saling meminta maaf sesama mereka dan tidak salah jika ibubapa meminta maaf kepada anak-anak juga.
Bila ibubapa mula menunjukkan sifat yang baik, sedikit demi sedikit anak akan menirunya dan sifatnya akan mula berubah. Kalau bukan hari ini, mungkin esok.Kalau bukan esok, mungkin lusa.Dan kalau bukan lusa, mungkin minggu depan atau bulan depan atau tahun depan.
Yang penting, terus lakukannya dengan istiqamah dan terus panjatkan doa kepada Allah swt dengan keyakinan yang kuat bahawa suatu hari nanti pasti anak ku akan berubah.
Yakinlah wahai ibubapa, setiap ciuman yang diberikan kepada anak dan sekelumit kesabaran dalam mendidik mereka, mempunyai NILAI yang sangat besar di sisi Allah swt.
Saya juga bukan sahaja mengingatkan anda malah diri saya sendiri terutamanya, mendidik anak-anak memerlukan kesabaran yang amat tinggi dan kenakalan mereka menggugat kesabaran kita pada setiap tikanya. Oleh itu, kita sebagai ibubapa haruslah bersabar dari menahan kemarahan terhadap anak kita.







KARNIVAL WOW DAN DOWNTOWN MALAM..

hai Assalamualaikum..kembali bersiaran lagi kali ni ..minggu lepas aku dan family pergi ker karnival Wow DiPutrajaya..bukan buat per pun cuma jalan jalan bawak anak  yang nak tengok sangat aper yang ader kat Karnival tu.so aku pun plan nak pergi tenghari tapi keadaan tapi  cuaca yang tak mengizinkan untuk pergi waktu tu..kami pun pergi waktu malam ler..konon rasa sejuk skit la ..susah nyer nak cari parking..padan muka husband nak cari pakrking ..time cegini kul 8.00 mana ader parking..dalam setengah jam gak ler duk cari tunggu mana org nak kuar..alih alih kami parking kat bawah berdekatan dengan Masjid Sultan Mizan Zainal Abidin ..parking ker tempat Karnival tak ler jauh sangat..tapi parking disitu agak selamat sikit berbanding tenpat yang kami nak parking mula mula..So kami pun jalan jalan lah dalam khemah..banyak jugak pameran yang disediakan..dalam jalan2 .. aku pun tak tahu gak malam tu ader Konsert Wow..sempat tengok artis Hazama.Mila..Black.Stacy..yang lain tu tak sempat nak tengok sebap kami beralih ker pameran yang lain..anak aku yang si Fathin aper lagi klu tengok konset kemain lagi naik shehhk ler dia..dah tentu artis pujaan dia ader Si Mila tu..haisssh suka bebeno la..walaupun dapat lihat dari belakang pentas tapi kira nampak gak ler artis kesayngan dia tu...Hahah lagi best kali nie aku dapat buat sekeping gambar Karikatur Aireil Arman ..so hasil memang amazing ..cantek..dan nampak hemsem..berbaloi la dengan bayaran RM 20.00 warna hitam putih....ramai gak la yang tunggu giliran untuk suruh mamat tu melukis...Airiel mula mula nampk malu siap suh teman lagi kakak nyer duduk kat dia..ngada-ngada Ariel time tu..tapi atlesstt menjadi gambar tu..Waktu pun baru kul 10.30 mlm..aku dan husband merasakan malam masih awal lagi ..kami pun bawak anak merendek kat Downtown Mines(Bazar larut malam)..lepak kat kedai mamak dan m
akan ..dan kami pun kiranyer menjelajah kawasan gerai disitu..mana mana downtown semua nyer sama..tak lari dengan jual baju sukan  dan barangan kanak..budak aper tah lagi la memang tak leh tengok mainan...Tpi yang paling tak tinggal terdapat gerai makan memang banyak..memang ler org malaysia ni suka sangat makan ..waktu pagi pun masih berselera makan ..mana tk gemuk ...untung kan duduk kat Malasia..melimpah ruah makan ,tapi jangan membazer suda lah...

sedikit information ::
Bazar Larut Malam Mines Auto City, Seri Kembangan = The Largest Malaysian Night Bazaar
Masa Beroperasi : 8 malam - 3 pagi
Ada hampir 600 gerai jualan, playgrounds, pentas persembahan dan kawasan parking di sekeliling bazar. Tiket parking RM1.00 oleh Pewaris Malaysia.

cekidauttttttttttttt..



24 February 2012

BERMONOLOG DI HARI JUMAAT

Assalamualaikum..kembali bersiaran kali ni tengahari Jumaat..

Ehmmm..tak tahu nak buat..klu selalunyer time cegini aku balik rumah dan jemput anak dari sekolah ..dan rehat sekejap gie hantr untk sekolah agama plak..tapi avtiviti tu tak buat lagi sekarang nie..memandangkan anak aku yang sikakak tu dah pandai berdikari ..so aku dan suami tak yah susah lagi dah...hisshh tapi boring gak ekk..duk teperap jer kat dalam opis nie..nak tidur mata tak leh tidur...tahukan klu hari jumaat time rehat untuk org gomen 12.15 hingga 2.45 panjangkan..kebanyakan org gomen yang kojer ka putrajaya ni memang suka sangat kuar ..lebih lebih lagi kat pasar tani .Alamanda.(tak habis2 kat situ)..ader jer org pompuan ni nak beli ekkk..aku heran...aku ni seorang yang tak beberapa suka berjalan ..cegini ler jadi nyer..org pergi jalan awak tidur...wehhh tidur tu lagi bagus dari pergi berjonket(bak kata org perak).kejap ekkk tengah makan donut pemberian my officer..wah layan gak la donut ni..iklan jap ekkk..nanti kembali bersiaran...
cekeidautttttt..

20 February 2012

BERTIMBANG RASA DENGAN ORANG BAWAHAN


Assalamualaikum..kembali bersiaran pagi Isnin.di ofis..dalam buat kejer sambil layang internet.terbuka la satu forum mengenai benda ni...so rasa mcm kena sangat la tajuk diatas dengan mana mana pekerja yang dubuat cegitu..hehhe..mungkin korang ader kena mcm ni..aper aper pun layan jer..mungkin ini ader lah renungan untuk kita mengetahui adil dan ketidakadilan dalam membentuk satu budaya kejer yang cemerlang ...
cekidauuttt....

Hadith :
Diriwayatkan daripada Abu Dzar r.a: "Aku mencerca seseorang dengan memanggil ibunya dengan sapaan yang buruk. Nabi Muhammad S.A.W bersabda kepada ku;
Ya Abu Dzar! Apakah kau mencaci maki seseorang dengan menyeru ibunya dengan sapaan yang buruk? Dalam diri mu masih tertinggal sifat-sifat jahiliah. Pembantu-pembantu mu adalah juga saudara-saudara mu dan Allah menempatkan mereka di bawah perintah mu. Maka sesiapa pun yang saudaranya di bawah perintahnya harus diberi makanan yang sama dengan yang ia makan dan diberi pakaian yang sama dengan yang ia pakai. Jangan suruh mereka mengerjakan pekerjaan di luar kemampuannya dan apabila kamu terpaksa melakukannya, bantulah mereka."

(al-Bukhari)
Huraian
Komunikasi dua hala seharusnya berlaku antara majikan dan orang bawahan. Seseorang majikan atau pun ketua tidak seharusnya mempunyai sikap angkuh pada kedudukan atau jawatan yang disandangnya. Sikap 'egoist' akan menyebabkan seseorang majikan itu tidak dapat bekerjasama dengan orang bawahan sehingga menerbitkan perasaan dendam dan benci mereka terhadap ketua.
Seharusnya seorang ketua mestilah menghargai setiap usaha yang dilakukan oleh pekerjanya, biarpun betapa kecil kerja tersebut atau ianya belum mencapai piawaian yang dikehendakinya kerana tanpa usaha yang dilakukan oleh orang bawahan mustahil seorang ketua dapat mencapai tahap kecemerlangan. Justeru jangan menganggap orang bawahan sebagai hamba dan hendaklah menghormati maruahnya sebagai seorang manusia seterusnya memberikan penghargaan seadil-adilnya tanpa adanya sifat pilih kasih.


alhamdulillah...persekitaran di tempat kerja aku tak jadi macam gambar di atas ni. bos dan senior semua ok. aku je tak berapa ok rasanya. masa orang lain pergi makan tengahari, aku tido. haha...

cekidauttt..

10 February 2012

SELAMAT ULANG TAHUN PERKHAWINAN

Pernikahan adalah suatu pertemuan dua insan yang memiliki karakter dan kebiasaan sehari-hari yang berbeza satu sama lain. Namun perbezaan itulah yang telah memberi warna pada pernikahan. Banyak kejadian lucu, menyedihkan, menggembirakan, mengharukan atau bahkan menjengkelkan yang kami alami yang membuat pernikahan kami terasa hidup, segar dan tidak menjemukan.


SEBUAH PUISI!! Untuk suamiku kerana setelah hamper 9 tahun dikau melayari bahtera bersama ku .

Kanda....
Tidak terasa, biduk rumah tangga kita telah berlayar demikian panjang
Suka dan duka telah kita arungi bersama...
Namun harapan indah ke depan masih terus kita kibarkan
Agar perjalanan menjadi lebih indah dan menyenangkan
kanda....
Sepertinya perkembangan waktu menjadikan kita lebih dewasa....
Memahami dua insan yang berbeda memang terkadang sulit tapi menyenangkan
Membawa hati menjadi lebih sabar dan tenang, meski masih harus banyak belajar...
Namun...itu laksana tanaman yang tumbuh, perlu buaian dari yang menaruh harapan
Yang memerlukan sentuhan lembut, kasih sayang dan perlindungan...


kanda...
Dalam perjalanan ini tentu saja banyak khilaf karena keterbatasan kita
Oleh karenanya....mari kita bersihkan dengan ikhlas segala noda yang mengotori
lubuk hati kita yang paling dalam
Kita pupuk kembali bahtera rumah tangga kita, agar tumbuh subur dan bermanfaat
bagi orang banyak...
Sehingga biduk itu berlayar dalam sakinnah, mawaddah, wa rahmah....
Yang di dalamnya di perkaya dengan anak2 yang sholeh dan sholehah yang
senantiasa mendoakan kedua orang tuanya......


kanda....
Rasanya sudah sulit merangkai kata-kata yang lebih indah lagi....
Hanya ucapan terima kasih atas kesetiaan mendampingi hingga saat ini...
Selamat melewati 9 tahun usia pernikahan kita...semoga kekal semalannya

Amiin.