31 October 2011

KOIR INOVASI..Datang lagi..

Ini adalah tahun yang kedua aku join pertandingan Koir NRE..Ada juga buat persembhan pada Perhimpunan yang dijalankan oleh NRE.singkatan NRE adalah (KEMENTERIAN SUMBER ASLI DAN ALAM SEKITAR.)dimana tempat aku berkojer..Setelah lama meninggalkan bidang ini..aku kembali bersama mereka ..Tugas seharian diofis menyukarkan aku untuk menceburi bidang ini pada masa lalu..untuk menjayakan dan untuk menjadikan yang terbaik..kami berlatih pagi dan malam ..malah hari minggu pun kami datang untuk latihan ..Menjadikan bentuk persembhan dan pegayaan yang menarik ..banyak idea yang diberikan oleh geng geng Koir..lihatlah kami..berjaya mendapat tempat ke 2..TAHNIAH GENG KOIR ANDALAH YANG TERBAIK...












MEMORI TELUK DALAM BEACH RESORT

Assalamualaikum...hai semua..

Minggu lepas aku gie Teluk dalam Beach Resort..berkursus la..best sangat..kali ni kursus ni mencabar minda dan fizikal..tapi,tahun depan nak sugest buat kursus mcm ni lagi la...ader gambar yang menarik sebagai memorie..tengok ler yer...


Geng geng NRE

Disebelah aku tu El.dia ni suka bebenor bergambor...


Gambar diambil sebelum aktivti dilakukan..time ni lepas sarapan pagi


sesi mendengar taklimat dari Penyelia


satu hal nak sampai tempat ni..semput gak..


hhaha..ni aku ni..best ler..tapi sekejap jer sampai..aku nak lama skit..

selepas tu naik tali ni plak..leceh lah..satu hal lagi nak panjat..sebelum naik tali tu ..
kena panjat tangga gantung dulu kat tepi pokok tu..nak tahu macm mana..
semput aku beb naik anak tangga tu....dan menyeberang ler sehingga habis...
seronok mmg seronok..


ni aper hal ni ko tutup ..cover le tu..si gadis ni adalah kitaorang
 punya penyelia Kursus ni..EO kitaorang..lawakan..


sempat lagi nak bergambar..ni diarong ni tengah tunggu turn
 nak panjat dan nak terbang la kata kan...

Memang indah memori kali ni bersama geng NRE..
walaupun cuma beberapa hari tapi memang seronok.
.pengelaman yang tak dapat dilupakan..
semuanyer sporting giler..malah aku jer sorang pompuan dalam group ni..
hahha bunga katakan..so kira ni jer yang dapat menjadikan memori bersama mereka..jumpa lagi di lain masa..

sekian...


5 October 2011

KENAPA PEREMPUAN MENANGIS


       
                                            

Kerana wanita itu unik.

... Aku ciptakannya sebagai makhluk istimewa,

AKu kuatkan bahunya untuk menjaga anak-anaknya,

AKu lembutkan hatinya untuk memberi rasa aman,

AKu kuatkan rahimnya untuk menyimpan benih manusia,

AKu teguhkan peribadinya untuk terus berjuang pada saat yang lain menyerah,

AKu berikannya naluri untuk mencintai anak-anak dalam apa jua keadaan sekalipun,

AKu kuatkan batinnya untuk tetap menyayangi walau dikhianati oleh teman,

Walau disakiti oleh “orang” yang dia sayangi..

Wanita makhluk kuat,

Tetapi jika satu saat dia menangis itu kerana AKu berikannya air mata untuk membasuh luka
batin dan memberi kekuatan baru.

3 October 2011

WALK FOR HEALTH DI PUTRAJAYA

sedikit tentang pengenalan Program Miccos ini ...

Program "Walk For Health" ini adalah berkonsepkan riadah dengan acara berjalan kaki sejauh kira-kira 4.5 kilometer (bermula di Bangunan KPPK, Presint 2 dengan melalui Presint 3 dan 4). Program ini secara simboliknya untuk menyampaikan mesej mengenai khasiat produk-produk makanan berasaskan Komoditi khususnya minyak sawit dan koko dalam aspek penjagaan kesihatan. Selain daripada itu, terdapat juga ...aktiviti-aktiviti lain yang akan dianjurkan seperti pemeriksaan kesihatan, kempen derma darah, pameran produk komoditi, pertandingan kuiz dan persembahan artis jemputan.



aku dan kawan kawan opis pergi ler ker program ni..memang best ler..but anak aku yang fathin pun lari..bayangkan 4.5 kilometer dia berjalan kaki..seronok jugak dapat gie program mcm nie,bagus ler..klu bleh tiap -tiap tahun buat mcm nie,,seronok sangat....ader gak gambar yang kami tangkap dalam program ini...
enjoyyyyyyyyyyyy..