30 December 2011


Assalamualaikum.
hai kembali balik setelah lama untuk tidak mengupdit blog...kali ni banyak nak kongsi dan paparkan ..
cekidautttt...

 JALAN-JALAN DI KUALA LUMPUR BAHAGIAN 1



















12 December 2011

SKIM BARU PERKHIDMATAN AWAM 2012.


Assalamualaikum.

Mesti korang tak sabar2 kan nak tahu berapa gaji untuk tahun depan.Mengikut apa yang aku search dan baca gred SSM da ditukar dengan yang baru.Contohnya N1-17 kepada N5-1/N4-1..susah jugak nak ingat macam tu..

Kat bawah ni ada sedikit tangga gaji.Walaupun kurang lengkap tapi bolehla nak refer sikit2kan..Nak tahu lebih jelas kenalah tunggu minggu depan sebab minggu ni aku baru nak pergi dengar taklimat.

SKIM GRED N :

gred dan tangga gaji baru utk gred N Gred N5-1 (SSM - N11) 850 - 2390 kgt 80 Gred N4-1 (SSM - N17) 955 - 2780 kgt 95 Gred N4-3 (SSM - N22) 1920-3530 kgt 115 Gred N3-1 (SSM - N27) 1410-4185 kgt 145 Gred N3-4 (SSM - N36) 3035-5555 kgt 180

CEKIDAUTTTT..

1 December 2011

OMBAK RINDU DATANGGGG



Assalamualaikum...
hai semua...nak tahu dah lama sangat aku tunggu untuk Ombak Rindu ni kuar..tunggu punya tunggu akhirya kuar gak cerita ni...aper lagi layannnnnnnnnnnnnnnnnn...
Bila terdengar tentang novel Ombak Rindu ini, tiba-tiba kami teringat zaman sekolah dulu dan novel Ombak Rindu ini adalah antara novel yang popular waktu itu.

Kali ini satu lagi filem yang diadaptasi dari novel popular Ombak Rindu hasil karya Fauziah Ashari. Filem Ombak Rindu adalah terbitan Astro Shaw dengan kerjasama Tarantella Pictures.

SEDIKIT SINOPSIS TENGTANG OMBAK RINDUU
Ombak Rindu

Izzah (Maya Karin), gadis yatim piatu yang kematian ibu dan ayah akibat kemalangan jalan raya. Justeru itu, ayah saudaranya, Taha, mengambil tugas memelihara Izzah. Pada masa sama, Pak Cik Taha banyak berhutang. Disebabkan kesempitan wang dia sanggup menjual Izzah kepada seorang tauke kelab malam.
Di situlah dia berkenalan dengan seorang pelanggan bernama Hariz (Aaron Aziz). Hariz sanggup ‘membeli’ Izzah dengan harga yang mahal dari tauke kelab itu dan mahu membawa dia keluar dari neraka jahanam itu.
Atas permintaan Izzah, akhirnya Hariz berkahwin dengan Izzah, tetapi dengan syarat semuanya mesti dirahsiakan
Kehadiran Mila Amylia (Lisa Surihani), anak Tan Sri Rashdan, model dan pelakon terkenal akhirnya menggugat kebahagiaan Izzah dan Hariz.

Paling menarik apabila Maya Karin yang membawa watak Izzah seorang yang bertudung dan memerlukan beliau untuk mendalami ilmu agama serta adat budaya.

 Maya Karin mengatakan
“Ini kali pertama saya bertudung untuk sesebuah watak. Jadi, saya mengambil inisiatif dengan belajar agama dengan seorang ustazah selama dua hingga tiga jam sehari. Kelas kami berlangsung selama empat hari seminggu. Dengan cara ini, sekurang-kurangnya, saya dapat mendalami dan memantapkan lagi ilmu tentang agama dan budaya
“Selain inisiatif memanggil ustazah, saya juga mendalami watak Izzah dengan mendengar muzik khas yang terdiri daripada lagu-lagu tradisional Terengganu, Kelantan, dan juga lagu wayang kulit semata-mata untuk mendapatkan ‘feel’. Malah, nak masuk kereta pun saya dah pakai tudung,” ujarnya yang manis bertudung ketika majlis sidang media filem ‘Ombak Rindu’ di Bukit Kiara baru-baru ini.
CEKIDAUTTTTTTTTTTTTTTTTT