28 September 2011

Ibu ,Mak, wajah mu masih ku rindu

Mak dan ibu wajah wajah terakhir mu masih ku ingat….senyum terakhir mu juga masih segar di ingatan ini…ungkapan terakhir mu masih terngiang di cuping telinga ku. Sambutan Syawal pada tahun 2010 adalah amat bermakna bagi aku dan anak-anak ku kerana masih dapat bersama mu untuk dipeluk dan salaman terakhir itu membuat aku sebak. Walaupun baju raya yang aku beli untuk mu itu tidaklah semahal baju raya yang pernah kau belikan untuk ku masa kecil ku…tapi aku tetap mahu kau gembira Mak dengan baju raya yang aku belikan untuk mu.​

 Mak, tak pernah aku sangka kata-kata mu pada hari itu akan membuahkan kenangan yang tak dapat aku lupa…Raya pada tahun (2010) adalah sambutan yang terakhir kami adik beradik dapat bersama mu. Mak, walaupun kami semua tahu penyakit jantung yang mak tanggung itu memang akan berakhir dengan kesedihan yang tak dapat kami tanggung, namun kami pasrah

Mak dan redha di atas kehendakNya. Seperti yang kami jangka, pada 21 Mac 2011 sehari selepas hari jadi aku , Mak telah pergi buat selama-lamanya dan kini Syawal telah pun dipenghujung..Kali ini memang benar kami akan beraya tanpa mu di sisi…tiada lagi gurauan mu, senyuman mu malah tiada lagi wajah mu untuk aku tatap dan cium!

Mak,serta ibu ku Bulan Syawal telah pun berakhir dan semoga roh mu bersama roh orang-orang yang beriman! Al-Fatihah buat ibu dan mak ku tersayang SALMAH BINTI ZAKARIAH walaupun aku tidak sempat mengenali ibu tapi jiwa aku sangat sayang dan amat amat merindui peluk,cium wahai ibuku..DAN JUGA TERISTIMEWA MAHANI BINTI YAAKOP
aku ader menyimpan gambar untuk tatapan ketika beliau ada>





Gambar terakhir ketika menyambut Ulang tahun kelahiran pada tahun 2010


Kek yang terakhir untuk di potong


Di wad IJN menerima rawatan Jangtung

Beliau tidak dapat bercakp kerana dimasukan saluran penafasan  jantung kedalam mulut


gambar selepas ditukar ker wad lain dan tengah selera makan

gambar bersama Daniel dan Wahida,bila fathin tengok gambar nie mesti marah ,sebap aper dia tak dapat masuk wad ni,sebap fathin tak datang

             kenangan Bersama cucu..Wahida

No comments: